Utusan Borneo (Sarawak)

Identiti sebenar 4 suspek kes bunuh Kim Chol didedah

Dikenal pasti hasil risikan Cawangan Khas Bukit Aman

-

SHAH ALAM: Identiti sebenar empat suspek lelaki yang masih bebas dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam didedahkan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA Asisten Supritenda­n Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata keempat-empat mereka yang merupakan warga Korea Utara itu ialah Hong Song Hac, 34, Ri Ji Hyon, 33, Ri Jae Nam, 57, dan O Jong Gil, 55.

Pada prosiding sebelum ini Wan Azirul Nizam memberi keterangan bahawa tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, memberitah­unya empat lelaki itu hanya di kenali sebagai ‘Mr Chang’, ‘Mr Y’, ‘Hanamori’ dan ‘James’.

“Hong Song Hac yang dikenali sebagai Mr Chang memasuki Malaysia pada 31 Jan 2017, Ri Ji Hyon yang dikenali sebagai Mr Y memasuki negara ini pada 4 Feb, Ri Jae Nam (Hanamori) pula tiba di negara ini pada 1 Feb dan O Jong Gil (James) masuk ke negara ini pada 7 Feb 2017.

“Keempat-empat mereka keluar dari Malaysia pada 13 Feb lalu iaitu pada hari Kim Chol diserang di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL 2 (klia2),” katanya semasa pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ah- mad.

Wan Azirul Nizam berkata, beliau memperoleh kesemua maklumat empat lelaki itu hasil risikan Cawangan Khas Bukit Aman.

Saksi kesembilan itu berkata, hanya tiga suspek iaitu Ri Ji Hyon, Hong Song Hac dan Ri Jae Nam menaiki pesawat ke Jakarta, Indonesia pada jam 12.30 tengah hari, 13 Feb 2017, di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA).

“Seorang lagi suspek (O Jong Gil) keluar melalui KLIA pada sebelah petang, namun saya tidak ingat destinasi suspek kerana saya tidak membawa buku catatan (ID) hari ini (semalam),” katanya pada hari ke-12 perbicaraa­n kes Siti Aisyah, 25, dan Doan , 28, didakwa bersama-sama empat lelaki yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Feb lalu.

Mengenai proses mengesan kesemua suspek, Wan Azirul Nizam berkata beliau memohon waran tangkap melalui Interpol bagi mengesan mereka.

“Pada peringkat pertama, mereka dibuat sebagai senarai orang yang dikehendak­i dan seterusnya status tersebut ditukar kepada orang yang paling dikehendak­i,” katanya sambil menambah tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

Saksi itu berkata berdasarka­n imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 2.38 petang 13 Feb 2017, menunjukka­n wakil Kedutaan Korea Utara dan pengurus Syarikat Penerbanga­n Air Koryo membantu pembelian tiket O Jong Gil di KLIA.

Katanya, rakaman CCTV itu juga menunjukka­n tiga suspek lagi berjumpa dengan wakil Kedutaan Korea Utara dan pengurus Syarikat Penerbanga­n Air Koryo pada 10.30 pagi hari sama di KLIA untuk tujuan serupa.

“Wakil Kedutaan dan pengurus Air Koryo menggunaka­n laluan khas yang hanya dibenarkan kepada petugas khas dan individu yang memiliki pas khas pada 4.15 petang,” katanya.

Katanya, hasil siasatanny­a mendapati kedua-dua mereka itu adalah wakil daripada Kedutaan Korea Utara yang berada di negara ini dan juga pengurus Syarikat Air Koryo yang juga berada di Malaysia.

“Saya ada siasat dan telah rakam percakapan kedua-dua mereka. Secara keseluruha­nnya mereka menjelaska­n tujuan mereka berada di sana (KLIA) adalah untuk membantu setiap individu atau rakyat Korea Utara yang menaiki pesawat untuk ke luar negara,” katanya.

Wan Azirul Nizam berkata, beliau mengetahui identiti kedua-dua lelaki itu selepas imej mereka dihantar ke Cawangan Khas Bukit Aman bagi mendapatka­n maklumat risikan.

Kepada soalan lain mengenai rakaman CCTV, saksi itu berkata beliau mengarahka­n supaya rakaman CCTV di tempat kejadian dibuat salinan ke dalam bentuk cakera padat digital (DVD) dan beliau memperoleh 24 keping DVD.

Katanya selepas disemak, imej di dalam DVD itu adalah sama dengan imej di dalam CCTV berkenaan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung hari ini. — Bernama

Hong Song Hac yang dikenali sebagai Mr Chang memasuki Malaysia pada 31 Jan 2017, Ri Ji Hyon yang dikenali sebagai Mr Y memasuki negara ini pada 4 Feb, Ri Jae Nam (Hanamori) pula tiba di negara ini pada 1 Feb dan O Jong Gil (James) masuk ke negara ini pada 7 Feb 2017. Asisten Supritenda­n Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz Pegawai Penyiasat Kanan IPD Sepang/KLIA

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Nora (tengah) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabka­n kematian tanpa niat seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ketika dalam jagaannya pada April lepas.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Nora (tengah) diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret semalam setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabka­n kematian tanpa niat seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ketika dalam jagaannya pada April lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia