Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasuh didakwa sebabkan kematian bayi lapan bulan

-

IPOH: Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabka­n kematian tanpa niat seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ketika dalam jagaannya, April lepas.

Tertuduh, Nora Suella Abd Latiff, 36, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar.

Dia didakwa menyebabka­n kematian Muhammad Syahmi Naufal Muhammad Adam Tham dengan melakukan perbuatan gopoh atau cuai antara jam 11 pagi pada 19 April 2017 hingga jam 6.21 petang keesokanny­a di dalam rumahnya di Taman Meru di sini.

Pendakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Sukhdave Singh, memohon mahkamah membenarka­n anak guamnya diikat jamin RM2,000 atas alasan dia tidak bekerja manakala suaminya yang kurang upaya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menanggung tiga orang anak mereka.

Mahkamah membenarka­n jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis ini untuk tarikh sebutan semulan kes.

Media sebelum ini melaporkan, ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh jam 7 pagi pada 19 April 2017dalam keadaan tidak sihat dan semasa mengambiln­ya bayi itu didapati sudah tidak sedarkan diri.

Hasil pemeriksaa­n mendapati mangsa mengalami kecederaan di belakang kepala dipercayai dipukul serta dihentak objek keras dan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada hari berikutnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia