Utusan Borneo (Sarawak)

Rayuan Anwar cabar pelaksanaa­n Akta MKN, ditolak mahkamah

-

PUTRAJAYA: Bekas pemimpin pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya untuk mencabar pelaksanaa­n Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Rohana Yusuf menolak rayuan yang difailkan Anwar.

Panel itu juga sebulat suara bersetuju bahawa saman Anwar itu mengemukak­an isu yang sama iaitu mempersoal­kan mengenai kompetensi legislatif Parlimen.

Sehubungan itu, mahkamah mengekalka­n keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 14 Okt 2016, berhubung isu yang sama.

Panel hakim Mahkamah Rayuan itu turut dianggotai Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Dr Badariah Sahamid.

Anwar diwakili peguam Gopal Sri Ram manakala peguam kanan perseku- tuan Datuk Amarjeet Singh mewakili kerajaan Malaysia dan MKN selaku responden.

Pada 14 Okt 2016, Mahkamah Tinggi menolak saman yang difailkan Anwar selepas membenarka­n bantahan awal yang dikemukaka­n responden atas alasan tiada bidang kuasa untuk mendengar saman berkenaan kerana ia membabitka­n kompetensi legislatif oleh Parlimen untuk menggubal undang- undang.

Pada 2 Ogos 2016, Anwar memfailkan saman itu selepas mendakwa pelaksanaa­n Akta MKN 2016, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016, adalah tidak berperlemb­agaan dan tidak sah.

Dalam saman itu, Anwar turut memohon deklarasi Seksyen 12 Akta Perlembaga­an, Perkara 66 (4) dan Perkara 66 (4A) Perlembaga­an Persekutua­n adalah tidak berperlemb­agaan, batal dan tidak sah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia