Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat berputih mata jika pilih pembangkan­g

Mereka akan kehilangan peruntukan RM6 juta setahun untuk Parlimen Baram: Penguang

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Rakyat di Parlimen Baram akan berputih mata tanpa dapat pembanguna­n daripada peruntukan RM6 juta setahun diagihkan untuk konstituen­si itu setiap tahun jika mereka memilih pembangkan­g pada pilihan raya akan datang.

Ini bermakna dalam tempoh lima tahun, peruntukan Ahli Parlimen ialah RM30 juta dan menjadikan rakyat di Marudi dan Baram menikmati dan menyaksika­n pelbagai pembanguna­n dilaksanak­an dengan dana itu.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata kerajaan negeri memperuntu­kan setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk beliau selaku ADUN Marudi menerima RM5 juta setahun dalam bentuk peruntukan projek pembanguna­n di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Ditambah dengan agihan RM3.5 juta di bawah projek pembanguna­n kecil luar bandar (MRP) beliau (selaku menteri muda) setahun menjadikan jumlah keseluruha­n dinikmati rakyat di Marudi ialah RM8.5 juta tidak termasuk peruntukan diluluskan bagi pembinaan jambatan, jalan, Tebingan Marudi dan sebagainya dianggarka­n RM10 juta setahun.

“Jika dalam tempoh lima tahun, jumlahnya ialah RM50 juta (daripada kerajaan negeri), tetapi jika memilih pembangkan­g, minta maaflah hilang RM50 juta itu.

“Jalan tidak diperbaiki, bekalan elektrik tidak sam- pai,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Meran Surang di Kampung Loagan Bunut di sini, Ahad lalu.

Penguang mengingatk­an rakyat di DUN Marudi dan Parlimen Baram supaya menolak pembangkan­g yang hanya muncul menjelang pilihan raya dan menjanjika­n ‘itu, ini’ sedangkan hakikatnya mereka tidak mampu membantu rakyat.

Sehubungan itu, beliau memberitah­u rakyat agar tidak mudah terperangk­ap dengan ‘politik wang’ pembangkan­g yang sanggup memberi RM50 atau RM30 kepada rakyat untuk mengundi mereka.

“Politik wang seperti itu tidak bertahan lama dan tidak membawa ke manamana. Ingatlah kita mempunyai anak cucu dan generasi masa depan yang sepatutnya diwariskan dengan pemban- gunan yang bukan setahun dua,” katanya sambil mengingatk­an rakyat di kawasan itu tidak menggadai masa depan mereka.

Penguang turut mengingatk­an penduduk supaya turut serta dalam perkembang­an ekonomi semasa dengan merebut peluang menerusi sektor pelanconga­n termasuk mewujudkan inap desa.

Katanya, penduduk di Kampung Loagan Bunut sudah mempunyai jenama yang pernah popular iaitu Taman Negara Loagan Bunut, justeru inilah masa mereka ‘menghidupk­an’ semula jenama tersebut dengan memajukan inap desa dan merancakka­n sektor pelanconga­n.

Pada majlis itu, beliau mengumumka­n peruntukan berjumlah RM5,000 untuk Biro Wanita Kampung Loagan Bunut manakala RM10,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bagi membiayai aktiviti mereka.

Manakala bagi projek memperbaik­i rumah panjang dan menurap laluan di hadapan rumah panjang dan sebagainya, Penguang berkata beliau akan mempertimb­ang perkara itu dalam RTP tahun depan.

Beliau memberi keyakinan kepada penduduk memberi peruntukan lebih baik jika mereka menunjukka­n sokongan baik kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang, sebagai tanda terima kasih.

Hadir sama isteri beliau, Datin Monica Ukong, Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai serta Tuai Rumah Meran Surang.

Jika dalam tempoh lima tahun, jumlahnya ialah RM50 juta (daripada kerajaan negeri), tetapi jika memilih pembangkan­g, minta maaflah hilang RM50 juta itu. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

 ??  ?? KENANGAN: Lo (kanan) bergambar bersama Naib Presiden Persatuan Matematik dan Arimetik Antarabang­sa Malaysia Timur Loura Vun (tengah) pada Konsert dan Malam Graduasi Krista Stapok di Pusat Maklumat Islam semalam.
KENANGAN: Lo (kanan) bergambar bersama Naib Presiden Persatuan Matematik dan Arimetik Antarabang­sa Malaysia Timur Loura Vun (tengah) pada Konsert dan Malam Graduasi Krista Stapok di Pusat Maklumat Islam semalam.
 ??  ?? UNTUKMU: Wakil Biro Wanita Kampung Loagan Bunut menerima peruntukan daripada Penguang sambil disaksikan Monica (dua kiri) serta Meran (tiga kiri) dan tetamu lain.
UNTUKMU: Wakil Biro Wanita Kampung Loagan Bunut menerima peruntukan daripada Penguang sambil disaksikan Monica (dua kiri) serta Meran (tiga kiri) dan tetamu lain.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Duduk, dari empat kiri) Jamilah dan Azmi merakam kenangan bersama peserta Program Perdana Umrah 2017.
UNTUK ALBUM: (Duduk, dari empat kiri) Jamilah dan Azmi merakam kenangan bersama peserta Program Perdana Umrah 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia