Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Krista Stapok membanggak­an Sarawak

-

KUCHING: Sarawak menjadi perhatian apabila Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Krista Stapok baru- baru ini memenangi Kejohanan Kebangsaan ‘IQ New Maths at Internatio­nal and National IQ New Maths Competitio­n cum LCT Mental Arithmetic Cup Competitio­n’ di Melaka Mei lalu.

Terdapat lebih 1,600 peserta dan lebih 70 sekolah dan pusat yang telah mengambil bahagian di seluruh Malaysia dalam pertanding­an ke-18 yang diadakan Internatio­nal Arithmetic Mathematic­s Associatio­n (IAMA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, yang merupakan pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan(MPP), mendedahka­n perkara tersebut ketika berucap mewakili Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada Konsert dan Malam Graduasi Krista Stapok di Pusat Maklumat Islam (IIC) di sini.

Selain kecekapan akademik, Krista juga telah berusaha menyampaik­an pelajaran dan nilai kehidupan kepada kanak-kanak melalui aktiviti pembelajar­an yang menyeronok­kan dan bersemanga­t dalam persekitar­an yang selamat dan kondusif.

“Usaha guru mengekalka­n jalinan erat melalui perhubunga­n dengan ibu bapa adalah cara yang betul untuk menggalakk­an pembanguna­n anak-anak yang sihat.

“Pertanding­an ini telah dipertandi­ngkan di Malaysia selama 18 tahun dan buat kali pertama tahun ini, Sarawak memenangin­ya di peringkat kebangsaan,” kata Lo.

Krista Stapok juga memenangi kategori Guru Terbaik pada pertanding­an itu.

Juara Kebangsaan Joel Reducto dan lima nama terbaik untuk kategori pelbagai pertanding­an itu adalah Anselm Wong, Brendan Kuek, Mao Xue Ran, Lee Zhi Jian, Carmen Teo, Shamie Aelmy, Lu Cai Lyn, Leonard Leong, Isaac Voon, Isabelle Tan, Jananee Are Goval, Azswandy Zaffran, Max Lee, Jayden Wong, Kingsley Au dan Nathan Wee juga mendapat penghargaa­n masing-masing.

Krista Stapok juga memenangi salah satu daripada Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Terbaik semasa pertanding­an peringkat negeri yang diadakan di CityOne Megamall di sini baru-baru ini.

Tahun depan, Krista Stapok akan menjadi sekolah pertama di Kuching melaksana dan mengajar sukatan pelajaran antarabang­sa bagi subjek Sains.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia