Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan agensi pelanconga­n tawar pakej umrah sah

-

KUCHING: Bakal jemaah yang ingin menunaikan umrah harus memastikan agensi pelanconga­n menawarkan pakej umrah sah bagi mengelak ditipu.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata langkah berwaspada seperti itu perlu diambil berikutan terdapat banyak kes penipuan melibatkan bakal jemaah.

“Anda (bakal jemaah) kena memilih agensi pelanconga­n yang menawarkan pakej umrah yang sah atau betul kerana kebelakang­an ini banyak agen- si menipu jemaah umrah.

“Agensi terbabit hanya mengambil duit pendahulua­n tetapi akhirnya pakej umrah yang ditawarkan tidak wujud,” katanya ketika berucap pada Program Kursus Perdana Umrah 2017 di Auditorium Yayasan Sarawak dekat sini baru-baru ini.

Program yang dihadiri seramai 94 bakal jemaah umrah dianjurkan oleh Ismazul Travel Agency Sdn Bhd.

Jamilah turut menyeru umat Islam yang berkemampu­an agar mengerjaka­n haji mahupun umrah kerana ia perkara dituntut dalam Islam.

“Kalau kita berkemampu­an, tidak salah kalau kita mengerjaka­n Rukun Islam kelima ini kerana ia sememangny­a dituntut dalam agama Islam,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program Azmi Sha’ari berkata kumpulan pertama daripada 94 bakal jemaah yang menghadiri program itu iaitu seramai 40 orang akan berlepas ke tanah suci pada 4 Disember 2017 manakala baki 54 lagi pada 8 Disember 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia