Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Komuniti berperanan memberi pertolonga­n pertama

-

MUKAH: Bomba Komuniti yang ditubuhkan di sesebuah kawasan boleh memainkan peranan penting dalam memberi pertolonga­n pertama jika berlaku kebakaran atau bencana lain.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata orang kurang upaya (OKU) yang terperangk­ap dalam kebakaran kemungkina­n besar dapat diselamatk­an.

“Melalui tindak balas pertama dan bantuan Bomba Komuniti, nyawaOKUmu­ngkin dapat diselamatk­an,” katanya pada Majlis Perasmian Bomba Komuniti Oya pagi semalam.

Bukan sahaja itu, malah kehadiran pasukan itu juga dapat menyelamat­kan harta benda daripada terbakar teruk sementara menanti bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Fatimah turut menasihati beberapa langkah harus diambil bagi mengelak kebakaran iaitu dengan memperbaha­rui pendawaian elektrik di rumah yang berusia 20 tahun atau lebih.

“Sebab kebakaran selalunya berpunca daripada pendawaian yang telah uzur dan usang,” jelasnya.

Walaupun sedikit wang dikeluarka­n untuk memperbaha­rui pendawaian elektrik namun langkah itu dapat menyelamat­kan diri, harta benda dan nyawa orang tersayang.

Seterusnya, orang ramai juga harus berhati-hati ketika membeli peralatan elektrik dan memastikan­nya mempunyai pengesahan keselamata­n.

“Jangan beli barangan elektrik yang tidak disahkan keselamata­nnya oleh pihak dipertangg­ungjawabka­n, langkah ini bakal menyelamat­kan nyawa anda,” tambahnya.

Bomba Komuniti Oya disertai penduduk lapan kampung sekitarnya dan Fatimah mengatakan ia adalah petanda semangat kesukarela­an tinggi dalam kalangan penduduk.

Selain harus sentiasa dalam keadaan cergas dan cerdas, Bomba Komuniti Oya serta Dalat turut disarankan mengadakan aktiviti seperti mengadakan kawad berjadual serta latihan kebakaran dengan konsisten.

 ??  ?? SEDIA BERKHIDMAT: Fatimah (baris depan, enam kanan) bersama tetamu lain pada pelancaran Majlis Perasmian Bomba Komuniti Oya pagi semalam.
SEDIA BERKHIDMAT: Fatimah (baris depan, enam kanan) bersama tetamu lain pada pelancaran Majlis Perasmian Bomba Komuniti Oya pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia