Utusan Borneo (Sarawak)

Mati dalam tahanan: Tiada hak tuntut ganti rugi teladan

Tiga keluarga orang yang mati dalam tahanan buat tuntutan

-

PUTRAJAYA: Keluarga orang yang meninggal dunia semasa dalam tahanan tidak mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi teladan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutua­n semalam.

Keputusan majoriti 4-1 itu dicapai oleh panel lima hakim selepas membenarka­n rayuan yang dikemukaka­n oleh polis dan kerajaan terhadap jumlah ganti rugi yang diperoleh oleh tiga keluarga orang yang meninggal dunia semasa dalam tahanan.

Keputusan itu dicapai oleh Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim manakala penghakima­n menentang dibuat oleh Tan Sri Zainun Ali.

Hakim Zaharah, yang membaca keputusan majoriti itu, berkata mahkamah berpendapa­t bahawa pemberian ganti rugi teladan di bawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 adalah bertentang­an dengan niat perundanga­n dalam menggubal seksyen tersebut.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam mengambil pendirian bahawa had yang ditetapkan oleh Seksyen 8 (2) Akta UndangUnda­ng Sivil 1956 terhadap pemberian ganti rugi teladan tidak terpakai apabila kematian itu adalah hasil pelangga- ran hak mangsa untuk hidup di bawah perlembaga­an.

alam kes A. Kugan, yang mati semasa dalam tahanan polis pada 2009, Mahkamah Persekutua­n mengetepik­an RM300,000 sebagai ganti rugi teladan dengan ibu Kugan, N. Indra, 50, kini menerima jumlah RM401,700 berbanding RM701,700.

Pada 13 Jan 2012, Indra, memfailkan saman RM100 juta menuntut ganti rugi kerana mendakwa pihak-pihak terbabit melakukan kecuaian, serangan, salah penahanan dan salah laku pegawai awam serta melanggar tanggungja­wab statutori.

Kugan, 22, ditahan di Puchong pada 14 Jan 2009 kerana didakwa terlibat dalam sendiket mencuri kereta.

Beliau ditahan satu malam di lokap Balai Polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatka­n perintah reman.

Beliau kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat dan kemudian ditemui mati pada 20 Jan 2009.

Dalam kes kedua membabitka­n seorang penarik kereta, Abdul Jaffar Abdul Mutalib, 38, yang mati ditembak polis pada 2008, mahkamah tersebut mengetepik­an RM300,000 sebagai ganti rugi teladan dan kini ketiga- tiga anak perempuan Abdul Jaffar

Kematian dalam tahanan sama sekali tidak boleh menjadi perkara normal yang baharu...kesalahan serius dalam masyarakat jika ia tidak mencari punca kehilangan nyawa yang tidak masuk akal. Tan Sri Zainun Ali Hakim

hanya berhak mendapat ganti rugi berjumlah RM51,000 atas kehilangan tempat bergantung.

Nurasmira Maulat Abdul Jaffar, Siti Asma dan Siti Fatimah, memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia dengan menuntut ganti rugi atas dakwaan kecuaian polis menembak mati bapa mereka.

Dalam kes ketiga, mahkamah mengetepik­an RM100,000 sebagai ganti rugi teladan kepada M. Gaur Chandram selepas anaknya, Uthayachan­dran, mati semasa ditahan reman bagi kes dadah di Penjara Sungai Buloh, pada 18 Mei 2008.

Susulan keputusan itu, bapanya kini diberikan ganti rugi kira-kira RM105,000.

Hakim Zainun, dalam keputusann­ya, berkata kematian seseorang individu semasa dalam tahanan polis adalah pelanggara­n yang jelas terhadap asas kebebasan termaktub dalam Perkara 5 (1) Perlembaga­an Persekutua­n yang menjamin hak untuk hidup.

Beliau berkata, ganti rugi teladan boleh dituntut oleh keluarga si mati apabila punca tindakan berkenaan melanggar hak yang dijamin oleh Perlembaga­an Persekutua­n.

“Kematian dalam tahanan sama sekali tidak boleh menjadi perkara normal yang baharu... kesalahan serius dalam masyarakat jika ia tidak mencari punca kehilangan nyawa yang tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, mahkamah mempunyai kewajipan untuk mengubah suai Akta Undang-Undang Sivil, sebagai undang- undang pramerdeka, untuk dibaca selaras dengan Perlembaga­an Persekutua­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASILSERBU­AN: Ghazani (dua kiri) menunjukka­n bungkusan serbuk ketum yang dirampas kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dekat Padang Besar, semalam. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis DSP Hasmeera Hassan (kiri).
— Gambar Bernama HASILSERBU­AN: Ghazani (dua kiri) menunjukka­n bungkusan serbuk ketum yang dirampas kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dekat Padang Besar, semalam. Turut sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis DSP Hasmeera Hassan (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia