Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas jurutera disyaki eksport serbuk ketum ditahan

-

PADANG BESAR: Polis Padang Besar menemui cara baharu penjualan daun ketum yang diproses menjadi serbuk untuk dieksport dengan penangkapa­n seorang lelaki bekas jurutera Mesin Teler Automatik (ATM).

Ketua Polis Daerah itu, Supt Ghazani Abdul Ghani bekas jurutera berumur 42 tahun itu disyaki menjalanka­n aktivitiny­a dengan mempromosi produknya melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram sejak 2015.

Katanya, lelaki itu disyaki mengekspor­t serbuk daun ketum dengan menggunaka­n perkhidmat­an kurier dan mengisytih­arkannya sebagai serbuk daun inai bagi mengabui pihak berkuasa.

“Pasukan Petugas Khas IPD Padang Besar yang menyerbu rumah lelaki itu di Kampung Alor Sena Paya, Jalan Kaki Bukit dekat sini pada 2 November lepas menemui 81 pek serbuk ketum seberat satu kilogram satu pek.

Siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku telah membuat lebih 60 penghantar­an serbuk ketum ke negara Eropah antaranya Jerman, United Kingdom, Itali, Kanada dan Belanda juga ke Amerika Syarikat sejak 2015 pada harga AS$50 (RM215) satu pek,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ghazani berkata, polis bagaimanap­un hanya menemui resit transaksi sehingga tahun 2016 dan beberapa peralatan untuk memproses dan membungkus bahan berkenaan turut dirampas di rumah lelaki itu manakala antara Januari hingga Oktober tahun ini sahaja dia disyaki berjaya meraih pen- dapatam lebih RM209,000.

Polis kini sedang memantau lebih 15 laman sesawang yang mempromosi penjualan serbuk ketum termasuk produk berasaskan daun ketum dari luar negara, katanya.

Beliau menambah lelaki itu yang menjadikan Thailand sebagai pusat transit penghantar­an tempahan produknya, mendapat bekalan di dalam dan luar Perlis serta rakannya di Indonesia bagi memenuhi permintaan pelanggan sekiranya tidak mempunyai bekalan yang mencukupi.

Reman selama empat hari terhadap bekas jurutera itu yang berakhir semalam disambung tiga hari lagi sehingga 9 November ini, kata Ghazani dan menambah serbuk ketum itu akan dihantar kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia