Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita OKU mangsa culik ditemukan mati di Ipoh

-

IPOH: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai mangsa culik ditemukan mati di sebuah rumah di Regat Tasek Jaya Tiga, Taman Tasek Jaya di sini, malam kelmarin.

Mayat P. Umageswari, 34, dari Taman Kledang Sungai Siput ditemukan terbaring di dalam bilik, rumah satu tingkat kira-kira jam 10 malam kelmarin oleh kakaknya yang hanya ingin dikenali sebagai Selvi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat wanita tersebut yang turut berkait dengan laporan orang hilang di Sungai Siput

Kakak mangsa berkata adiknya yang bermasalah mental serta menghidap kencing manis dan penyakit jantung diculik di hadapan rumah mereka di Sungai Siput kirakira jam 5 petang, Jumaat lalu. “Kami ada terima panggilan telefon daripada seorang lelaki meminta wang tebusan.

Kami cuba siasat dan minta bantuan syarikat telco untuk kesan pemanggil itu selain membuat laporan polis Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam kelmarin.

Menurut Selvi, berdasarka­n maklumat syarikat telco, pihaknya pergi ke tempat kerja lelaki yang dipercayai menculik mangsa sebelum diberikan alamat rumah suspek.

“Sebaik tiba di rumah itu kami tidak boleh masuk kerana berkunci dan terpaksa meminta bantuan daripada pihak polis sebelum menemukan mayat Umageswari dalam keadaan terbaring,” katanya.

Selvi berkata mangsa ada menghubung­inya kira-kira jam 8 malam kelmarinme­mberitahu dia dikurung dalam sebuah bilik gelap selain mengadu lapar.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi mengenal pasti punca kematian. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DALAM SIASATAN: Anggota Polis mengangkat mayat P. Umageswari yang ditemui mati di sebuah rumah di Taman Tasek Jaya dekat Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama DALAM SIASATAN: Anggota Polis mengangkat mayat P. Umageswari yang ditemui mati di sebuah rumah di Taman Tasek Jaya dekat Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia