Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh anggota geng ‘Ah Leong’ ditahan di Cheras

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh anggota geng ‘Ah Leong’ yang aktif melakukan jenayah pecah rumah dalam serbuan berasingan di sekitar Cheras di sini, Jumaat lepas.

Dalam operasi bermula jam 4 petang itu, kesemua lelaki tempatan berusia 19 hingga 50 tahun itu ditahan oleh anggota pasukan khas daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata polis merampas pelbagai barangan dianggarka­n bernilai RM50,000 dan selaras senapang yang diambil dari sebuah rumah di Cheras.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam, Mazlan berkata modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah sekitar 8 pagi hingga 5 petang ketika penghuni tiada di rumah termasuk keluar bekerja.

“Mereka ini aktif melakukan pecah rumah sejak September lepas,’’ katanya sambil menambah mereka dipercayai terlibat dalam tujuh kes pecah rumah di sekitar Cheras dan Kajang, dan usaha dibuat untuk mengesan saki baki kumpulan itu, sekiranya ada.

Kumpulan ini bergerak secara terancang dan agresif. Ada satu kejadian mereka membunuh seekor anjing ‘Pit Bull’ dengan cara memberi racun. Ini menunjukka­n yang kumpulan ini berbahaya dan mampu menyerang jika terdapat ancaman,” katanya.

Kesemua suspek positif dadah jenis Methamphet­amine ketika ditahan dan mereka direman lima hari sehingga hari ini untuk siasatan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMAPS: Mazlan (tengah) menunjukka­n selaras senapang lengkap berpeluru yang dirampas sewaktu sidang media Jabatan Siasatan Jenayah berhubung penangkapa­n kumpulan pecah rumah Geng ‘Ah Leong’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dekat Kuala...
— Gambar Bernama DIRAMAPS: Mazlan (tengah) menunjukka­n selaras senapang lengkap berpeluru yang dirampas sewaktu sidang media Jabatan Siasatan Jenayah berhubung penangkapa­n kumpulan pecah rumah Geng ‘Ah Leong’ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dekat Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia