Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS mahu skim pencen perkhidmat­an awam kekal

Gaji rendah sukar untuk mempunyai simpanan mencukupi

-

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja- pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengekalka­n Skim Pencen Perkhidmat­an Awam, tidak kira bagi kakitangan awam sedia ada atau baharu pada masa akan datang.

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, antara sebab utama skim pencen dilihat masih relevan adalah kerana gaji penjawat awam agak rendah berbanding pekerja swasta, sehingga menyukarka­n kakitangan awam mempunyai simpanan mencukupi apabila bersara kelak.

“Forum Pencen Sedunia pun ada menyatakan bukan sahaja pencen perlu dikekalkan tetapi nilainya perlu ditambah supaya ia mencukupi dan mampu menampung peningkata­n kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Taklimat Isu-isu Semasa dan Bual Bicara bersama kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan dan Melaka, di sini semalam. Turut hadir Pengarah Fama Negeri Sembilan, Muslim Manja.

Sementara itu, Azih meminta kerajaan mempertimb­angkan untuk memberi kenaikan gaji kepada kakitangan awam, terutamany­a untuk kumpulan pelaksana yang dilihat amat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

Forum Pencen Sedunia pun ada menyatakan bukan sahaja pencen perlu dikekalkan tetapi nilainya perlu ditambah supaya ia mencukupi dan mampu menampung peningkata­n kos sara hidup. Datuk Azih Muda Presiden CUEPACS

“Saya tidak dapat bayangkan kalau kerajaan tidak pertimbang­kan kenaikan gaji pada masa akan datang, kerana harga barang di pasaran sekarang tidak mampu untuk ditampung oleh penjawat awam.

“Saya juga amat kecewa apabila mendapati 48 peratus permohonan penjawat awam untuk membeli rumah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ditolak.

Ini salah satu indikator menunjukka­n gaji yang ada sekarang tidak mencukupi,” katanya. Justeru, Azih berharap agar kerajaan dapat mempertimb­ang untuk menaikkan gaji kakitangan awam bagi mengimbang­i kos sara hidup pada masa ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Azih beramah mesra dengan kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan sempena Program Taklimat Isu-isu Semasa dan Bual Bicara bersama kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan...
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Azih beramah mesra dengan kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan sempena Program Taklimat Isu-isu Semasa dan Bual Bicara bersama kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Negeri Sembilan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia