Utusan Borneo (Sarawak)

Beri penekanan kembangkan bidang kreatif pelajar

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan menawarkan program Pendidikan Asas Vokasinal (PAV) bagi pelajar tingkatan satu hingga tiga serta program Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) mulai tahun lepas di 269 sekolah menengah kebangsaan terpilih.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata ia adalah sebahagian perancanga­n kerajaan dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahir­an tinggi dan berdaya saing.

“Antara strategi yang dilaksanak­an adalah dengan memasukkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara eksplisit ke dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksira­n setiap mata pelajaran bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

“Selain itu, kementeria­n juga menawarkan mata pelajaran berasaskan kreativiti dan teknologi pada peringkat menengah atas.

M u r i d b e r p e l u a n g mengikuti mata pelajaran seperti Grafik Komunikasi Teknikal, Asas Kelestaria­n, Reka Cipta dan Sains Komputer,” katanya ketika sesi soal jawab lisan pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatang­an) mengenai perancanga­n kementeria­n itu dalam menyediaka­n sekolah yang lebih memberi fokus dalam bidang kreatif dan teknologi bagi memastikan Malaysia mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahir­an tinggi dan berdaya saing.

Katanya, pelaksanaa­n mata pelajaran yang memberi fokus kepada konsep asas kemahiran pemikiran pengkomput­eran mampu melahirkan murid berkemahir­an dalam teknologi maklumat dan komunikasi, selain meningkatk­an kemahiran strategi penyelesai­an masalah secara kreatif dan inovatif pelajar. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia