Utusan Borneo (Sarawak)

Calon SPM terpaksa redah banjir

-

BUTTERWORT­H: “Kami terpaksa redah banjir kira-kira 200 meter sebelum naik lori untuk ke sekolah...saya tawakal saja demi untuk menduduki SPM,” kata Nor Syamim Rosli, 17, yang terpaksa meredah banjir apabila kediaman mereka di Sungai Dua di sini dinaiki air.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ahmad Said itu bersama 150 yang lain terpaksa menaiki lori dan kenderaan pacuan empat roda yang disediakan agensi kerajaan persekutua­n untuk ke sekolah bagi menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pagi semalam.

Seawal jam 6 pagi kenderaan serta anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunggu di persimpang­an jalan masuk ke sekolah itu untuk memastikan kesemua pelajar tiba ke pusat peperiksaa­n di tingkat dua sekolah itu untuk menduduki SPM.

SMK Datuk Ahmad Said adalah antara sekolah yang ditenggela­mi air hingga paras pinggang akibat banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.

“Rumah kami dinaiki air pagi semalam ( kelmarin), lepas tu bekalan elektrik tak dak (tidak ada) sampai pagi ini (semalam)...saya memang tak sempat ulang kaji semalam (kelmarin).

Saya harap hari ini (semalam) dapat jawab soalan kertas Bahasa Melayu,” katanya yang ditemani ibunya Hamidah Ismail, 45, ketika ditemui Bernama di sekolah berkenaan di sini semalam.

“Kami keluar awal sebab takut lambat sampai sekolah, sedih tengok keadaan anakanak yang ambil SPM hari ini (semalam) sebab terpaksa redah banjir.

Saya doakan mereka semua dapat menjawab dengan baik,” kata Hamidah yang bekerja kilang itu. Seorang lagi calon SPM sekolah itu, Muhammad Firdaus Zulkifli berkata dia bimbang memikirkan keadaan banjir yang tidak surut itu akan menyukarka­n perjalanan­nya ke sekolah apatah lagi pertama kali berdepan dengan situasi seperti itu.

“Biarpun terpaksa menjawab dalam keadaan kurang selesa, saya tetap bersyukur ramai pihak menyalurka­n bantuan untuk mempermuda­hkan urusan hari ini (semalam) demi membolehka­n calon mengambil peperiksaa­n,” katanya.

Bagi Nor Atikah Daud pula situasi banjir itu sedikit mengganggu emosinya apabila berasa takut tidak dapat menjawab peperiksaa­n dengan baik namun bersyukur dan lega apabila melihat pelbagai pihak menghulurk­an bantuan demi melancarka­n perjalanan calon SPM terlibat.

Guru sekolah itu Nina Hir- nani Mohamad, 30, berkata sekolah berkenaan pernah mengalami banjir pada 2003 namun kali ini lebih teruk berbanding sebelumnya sehingga ada calon yang rumah mereka ditenggela­mi air tinggal di surau dan asrama sekolah sejak kelmarin.

“Ini adalah cabaran dan dugaan untuk seluruh kakitangan sekolah serta calon yang menduduki peperiksaa­n hari ini (semalam). Pihak sekolah berterima kasih kepada pihak luar yang bertungkus lumus bagi memastikan peperiksaa­n berjalan seperti yang dijadualka­n,” katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman berkata kesemua calon yang menduduki SPM dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) di negeri ini semalam berjaya hadir ke pusat peperiksaa­n masing-masing dengan bantuan pelbagai pihak.

“Semuanya berjalan lancar dan saya doakan semua calon SPM dan STPM sentiasa dalam keadaan tenang untuk menjawab peperiksaa­n walaupun ada sebahagian tempat dilanda banjir,” katanya sambil memberitah­u terdapat seramai 23,114 calon SPM dan 2,232 calon STPM akan menduduki peperiksaa­n di seluruh negeri.

Di Seremban pula, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menyediaka­n pelan tindakan alternatif sebagai langkah siap siaga sekiranya banjir berlaku di negeri ini khususnya ketika SPM sedang berlangsun­g, kata pengarahny­a Pkharuddin Ghazali.

Ia bertujuan untuk memastikan kesemua calon dapat mengambil peperiksaa­n seperti yang dijadualka­n dan sebuah bilik gerakan khas telah diwujudkan diketuai Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Negeri Sembilan Misri Mistama bagi mengkoordi­nasi penempatan.

“Bagi calon- calon yang menghadapi banjir ketika berada di rumah atau pun dalam perjalanan ke sekolah, kami akan cuba mencari jalan supaya calon tersebut tetap boleh mengambil peperiksaa­n agar tiada yang tercicir,” katanya selepas melawat calon peperiksaa­n SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya di sini, semalam.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul pula menasihatk­an calon peperiksaa­n SPM di seluruh negeri pada tahun ini supaya memaklumka­n pihak sekolah jika sakit atau kawasan kediaman dilanda banjir.

Katanya ini bagi membolehka­n pihak sekolah mengambil tindakan proaktif menyelesai­kan masalah itu sekali gus memastikan pelajar terbabit tidak gagal dalam mengambil kertas peperiksaa­n berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia