Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kutuk insiden tembakan di Gereja Texas

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk insiden membabitka­n seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan semasa upacara sembahyang di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.

Beliau menyuaraka­n rasa jijik terhadap serangan yang dilakukan di rumah ibadat.

“Jijik dengan satu lagi serangan berlaku di tempat beribadat.

Ingatan dan doa saya buat mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang dah- syat di Texas,” kata beliau menerusi tweeter semalam. Media asing melaporkan 26 orang terkorban selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang sedang berlangsun­g di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, pada Ahad.

Agensi berita Xinhua memetik Gabenor Greg Abbott sebagai berkata serangan bersenjata di gereja itu merupakan insiden tembakan paling buruk dalam sejarah di negeri berkenaan.

Menurut pihak berkuasa, mangsa berusia sekitar lima hingga 72 tahun. Agensi berita itu melaporkan Peguam Negeri Texas Ken Paxton memberitah­u media tempatan seorang lelaki berjalan masuk ke gereja itu kira-kira 11.30 pagi Ahad dan terus melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang yang sedang bersembahy­ang.

Pihak berkuasa mengenal pasti penembak itu sebagai Devin Kelly, 26. Penembak Texas itu membawa selaras raifal dan memakai ves kalis peluru, menurut laporan media tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia