Utusan Borneo (Sarawak)

Kesiapsiag­aan 100% hadapi perubahan cuaca: TPM

Data Jabatan Meteorolog­i diguna sepenuhnya, mangsa akan dipindah seminggu sebelum hujan lebat

-

KEPALA BATAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kesiapsiag­aan 100 peratus untuk proses pemindahan mangsa banjir lebih awal bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga perubahan cuaca yang dijangka berlarutan sehingga Februari depan.

Ahmad Zahid berkata, semua data berhubung ramalan perubahan cuaca yang diperoleh daripada Jabatan Meteorolog­i Malaysia akan digunakan sepenuhnya bagi membolehka­n semua mangsa dapat dipindahka­n lebih awal iaitu seminggu sebelum hujan lebat atau angin kencang berlaku.

“Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah suatu pengajaran, bukan dengan tujuan untuk menuding jari tetapi jika Jabatan Meteorolog­i dapat memberikan hasil unjuran dan ramalan cuaca ini lebih awal maka usaha-usaha pemindahan dapat dilakukan. Semua data ini merupakan teknologi baharu yang jika tidak digunakan maka kesiapsiag­aan tidak dapat dilakukan.

“Oleh yang demikian, saya sebagai pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara akan menggunaka­n acuan Pelan Pengurusan Banjir Kemaman kerana acuan ini mengunjurk­an seminggu sebelum berlaku untuk kesiapsiag­aan dilakukan. Pemindahan secara fizikal dilakukan tiga hari sebelum ia berlaku,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, di sini semalam.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat pusat pemindahan sementara itu sebelum makan tengah hari bersama-sama mangsa banjir di situ.

Mengulas mengenai lawatannya ke kawasan banjir di Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata kemudahan dan bantuan untuk mangsa ban-

Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah suatu pengajaran, bukan dengan tujuan untuk menuding jari tetapi jika Jabatan Meteorolog­i dapat memberikan hasil unjuran dan ramalan cuaca ini lebih awal maka usaha-usaha pemindahan dapat dilakukan. Semua data ini merupakan teknologi baharu yang jika tidak digunakan maka kesiapsiag­aan tidak dapat dilakukan. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

jir di negeri ini berada pada skala tujuh daripada 10 dan pihaknya akan memastikan semua barangan keperluan serta peralatan dapat disalurkan segera kepada mereka.

“Oleh kerana keadaan yang berlaku di Pulau Pinang ini agak mengejut maka kemudahan dan perkakasan tidak dapat dibekalkan kepada semua mangsa-mangsa yang telah dipindahka­n. Saya harap Datuk Seri Shahidan dapat membantu ketua menteri Pulau Pinang dan kerajaan negeri untuk melakukan penyelaras­an,” katanya.

Beliau turut mengarahka­n pendaftara­n segera mangsamang­sa banjir yang telah dipindahka­n dapat disiapkan sebelum jam 10 pagi ini kerana tidak mahu kelewatan bantuan kewangan kepada mangsa banjir seperti yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan membantu kerajaan DAP Pulau Pinang jelas membuktika­n bahawa perbezaan politik tidak menghalang mereka berada di pentas dan akar umbi yang sama untuk menyalurka­n bantuan kepada mangsa banjir.

Sementara itu, Lim berkata kerajaan DAP Pulau Pinang akan memberi kerjasama pe- nuh dengan kerajaan persekutua­n dalam usaha memastikan setiap rakyat yang terjejas di negeri ini menerima bantuan yang sewajarnya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid yang bukan sahaja meluangkan masa malah membatalka­n tujuh program sedia ada agar beliau dapat meninjau keadaan banjir dan angin ribut yang begitu kencang sekali di negeri ini. Kita hargai kehadiran beliau. Kita bersyukur tentang beberapa pengumuman yang dibuat oleh beliau iaitu tentang bantuan yang diberikan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Ahmad Zahid (tengah) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang menikmati makan tengah hari bersama mangsa banjir ketika tinjauan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Ahmad Zahid (tengah) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang menikmati makan tengah hari bersama mangsa banjir ketika tinjauan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Bertam Indah semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? GOTONG-ROYONG: Anggota Askar Wataniah membuang tikar surau yang musnah akibat banjir kelmarin di Taman Penang Free School semalam.
— Gambar Bernama GOTONG-ROYONG: Anggota Askar Wataniah membuang tikar surau yang musnah akibat banjir kelmarin di Taman Penang Free School semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia