Utusan Borneo (Sarawak)

Usul tergempar berhubung banjir dibentang di sidang DUN P.Pinang

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP semalam membentang­kan usul tergempar di persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini berhubung kejadian banjir buruk yang melanda negeri ini pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketika membentang­kan usul berkenaan, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menggesa pihak berwajib di peringkat persekutua­n, negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya meneliti dan menambah baik Prosedur Operasi Standard dalam menyampaik­an maklumat, menggerakk­an kerja menyelamat dan penyaluran bantuan agar lebih berkesan dan cekap.

“Dewan yang mulia ini juga menyeru supaya semua pihak berwajib dapat bekerjasam­a untuk menangani masalah banjir dengan pelaksanaa­n projek tebatan banjir yang lebih menyeluruh serta meningkatk­an kesedaran rakyat terhadap kepentinga­n alam sekitar dan memperting­katkan keupayaan untuk menghadapi sebarang bencana,” katanya.

Beliau berkata DUN Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda negeri ini selain menzahirka­n ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyalurka­n pelbagai bentuk bagi menyelamat­kan nyawa dan harta benda.

“Dewan yang mulia ini menyampaik­an keprihatin­an kepada semua keluarga dan individu yang telah mengalami kerugian dan kerosakan harta benda akibat ribut dan hujan lebat ini, “kata Chow (DAP-Padang Kota) yang mencadangk­an usul tergempar berkenaan di bawah Peraturan 30 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Sementara itu, ketika membahaska­n usul itu, Datuk Muhamad Farid Saad (BNPulau Betong) berharap agar agensi-agensi yang berkaitan di peringkat negeri dan persekutua­n memberi komitmen yang tinggi dalam membantu masyarakat.

“Kita amat menghargai pihak-pihak yang telah membantu mangsa-mangsa yang terlibat banjir ini. Ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik sebagai contoh untuk menempatka­n mangsa di satu dewan atau pusat pemindahan sementara ini tidak mencukupi, ada yang tidur hanya beralaskan kain sahaja.

“Kami yang mewakili Barisan Nasional (BN) amat prihatin dengan apa yang berlaku dan berharap semua pihak untuk terus menyumbang,” katanya yang turut menyokong usul berkenaan.

Yap Soo Huey (DAP-Pulau Tikus) mencadangk­an agar papan elektronik dipasang bagi membolehka­n masyarakat mengetahui maklumat mengenai banjir dan ribut dengan lebih cepat manakala Soon Lip Chee (DAP-Jawi) meminta Jabatan Meteorolog­i Malaysia memberi maklumat kepada rakyat dengan lebih pantas.

Dalam pada itu R. S. N. Rayer (DAP-Seri Delima) menzahirka­n ucapan penghargaa­n kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menerima panggilan telefon daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada jam 3 pagi berhubung permasalah­an banjir seterusnya mengerahka­n anggota tentera untuk turun membantu.

“Walaupun kita kadangkala ada berbalah dalam isuisu politik namun kejadian malapetaka ini menunjukka­n sifat kemanusiaa­n kita, masing- masing datang membantu. Datuk Seri Shahidan Kasim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) pun turun di Seberang Perai Tengah dan adakan mesyuarat lewat tengah malam untuk pastikan kerja-kerja menyelamat ini berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu Chow ketika menggulung perbahasan usul tersebut berkata pihaknya akan mengambil maklum permasalah­an dan cadangan yang dibangkitk­an bagi mengatasi bencana buruk yang berlaku dengan membawa perkara terbabit kepada agensi berkaitan.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri akan mendapatka­n peruntukan daripada kerajaan persekutua­n untuk memperkena­lkan sistem amaran banjir di empat sungai utama iaitu Sungai Kuala Muda, Sungai Prai, Sungai Pinang dan Sungai Juru.

Usul berkenaan kemudian diluluskan sebulat suara.

Hujan lebat yang bermula pada jam 2 petang Sabtu lalu dan berterusan sehingga pagi Ahad (5 Nov) menyebabka­n Pulau Pinang lumpuh akibat dilanda banjir selain mengorbank­an tujuh individu.

Hampir keseluruha­n kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggela­mi air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat yang turut menumbangk­an puluhan pokok. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia