Utusan Borneo (Sarawak)

Tumpuan kini kepada kerja-kerja pembersiha­n

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Pertahanan akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersiha­n banjir di Pulau Pinang supaya kesemua mangsa terlibat menerima bantuan yang sepatutnya.

Menterinya Datuk Seri Hishamuddi­n Hussein berkata, tinjauan dari udara mendapati keadaan banjir di negeri itu semakin pulih dan air sudah surut.

Katanya tumpuan kini lebih kepada kerja-kerja pasca banjir, pembersiha­n laluan terhalang dan membantu operasi pembersiha­n di kawasan terjejas.

“Saya juga telah meminta Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Rejimen Askar Jurutera Diraja menilai ben- tuk bantuan yang bersesuaia­n termasukla­h pembaikan rumah dan infrastruk­tur yang rosak,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Flat Taman Penang Free School di sini semalam.

Turut sama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Hishammudd­in berkata ATM sememangny­a telah bersiap siaga mengatur gerak anggota dan aset pada bilabila masa sekiranya kejadian banjir seumpama ini berulang pada masa hadapan.

Namun beliau turut meminta kerajaan negeri supaya mengambil iktibar daripada bencana banjir yang melanda negeri ini.

“Kejadian ini harus menjadi pengajaran kepada semua dan kita harus mencari punca sebenar bagi mengelak ia daripada berulang,” katanya.

Kira-kira 200 pegawai dan anggota bawah naungan Divisyen Kedua Infantri Malaysia terutamany­a pasukan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja dan Rejimen 509 Askar Wataniah serta beberapa lagi unit sokongan bawah naungan 2 Divisyen.

“Selain itu, ATM turut menempatka­n beberapa aset di kawasan terjejas banjir termasuk trak tatra, land rover, trak 3 tan, kenderaan 4x4 Dmax, bot penyelamat dan dapur medan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia