Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens memiliki kelebihan lapan mata

Chelsea tewaskan United 1-0 selepas tandukan Morata pada minit ke-55 memastikan tiga mata penuh

-

LONDON, England: Manchester City memiliki kelebihan lapan mata di singahsana Liga Perdana Inggeris selepas pencabar terdekatny­a, Manchester United tewas 0- 1 di Chelsea, beberapa jam selepas menewaskan Arsenal 3-1 pada perlawanan hari Ahad.

Pengurus United, Jose Mourinho, yang memenangi kejuaraan liga bersama Chelsea, melihat kunjungan terbaharu beliau di Stamford Bridge berakhir dengan kekalahan selepas tandukan Alvaro Morata pada minit ke- 55 memastikan tiga mata penuh dan menamatkan kemarau gol enam perlawanan untuk penyerang antarabang­sa Sepanyol itu.

Kemenangan meletakkan Chelsea di tangga keempat tetapi masih sembilan mata di belakang Man City.

Ia juga kemenangan yang amat diperlukan oleh Chelsea dan pengurusny­a, Antonio Conte selepas tewas kepada AS Roma dalam Liga Juara- Juara pada pertengaha­n minggu.

Perhubunga­n Conte dan Mourinho yang sudah tegang, tidak menunjukka­n sebarang petanda akan pulih selepas Conte tidak mengendahk­an Mourinho untuk bersalaman selepas perlawanan.

“Ia ( bersalaman) tidak penting. Anda harus menghormat­i apa yang berada dalam padang, bukan di luar padang,” kata Conte, yang meraikan kemenangan pasukannya bersama penyokong sebelum memasuki padang selepas tamat perlawanan.

Mourinho, yang dipecat dua kali oleh Chelsea walaupun memenangi kejuaraan liga sebanyak tiga kali, menegaskan beliau sudah melakukan apa yang beliau dapat untuk bersalaman

Ia (bersalaman) tidak penting. Anda harus menghormat­i apa yang berada dalam padang, bukan di luar padang. Antonio Conte Pengurus Chelsea

selepas kekalahan ketiga berturut- turut di Stamford Bridge.

“Sudah tentu tidak wajar untuk saya m e n g e - j a r n y a sehingga ke tengah padang,” k a t a Mourinho. “Beliau (Conte) tidak mahu m e n u n g g u . Tiada masalah dengan hal ini.”

Mengalih perhatian kepada keputusan perlawa- nan, Mourinho tetap bersemanga­t. “Kami di tangga kedua – bukan di tangga kelima, k e e n a m , k e t u j u h atau kelapan,” k a t a b e l i a u . “K a m i m e m - p u n y a i beberapa p a s u k a n yang berada pada kedudukan lebih teruk berbanding kami.” Pada perlawanan awal, Man City terus mengekalka­n rentak cemerlang ketika menentang Arsenal dengan Kevin de Bruyne membuka jaringan pada perlawanan di Stadium Etihad sebelum Sergio Aguero menjadikan kedudukan 2- 0 dari satu tendangan penalti pada awal separuh masa kedua.

Alexandre Lacazette merapatkan kedudukan buat Arsenal tetapi Gabriel Jesus meletakkan City 3- 1 di hadapan pada minit ke- 74 dan kekalahan menyebabka­n Arsenal kini 12 mata di belakang City.

“Gol ketiga, pada 1- 2, kami masih mampu bersaing dan beliau ( pengadil, Michael Oliver) memberikan gol yang jelas ofsaid. Dan sudah tentu keputusan ini menamatkan saingan dan semangat kami,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Bagaimanap­un, pengurus City, Pep Guardiola, tidak mengeluark­an cadangan di mana pasukannya bernasib baik untuk menang.

“Kami menang dengan cara terbaik dan selayaknya,” kata Guardiola.

Tottenham Hotspur, yang menewaskan Real Madrid 3- 1 dalam aksi Liga JuaraJuara pada pertengaha­n minggu, berkongsi mata dengan United selepas menang tipis 1-0 ke atas Crystal Palace.

Perlawanan terikat tanpa jaringan sehingga minit ke- 64 apabila Son- Heung Min merembat bola dari jarak jauh untuk membuka jaringan.

Spurs juga berterima kasih kepada penjaga gol simpanan, Paulo Gazzaniga, yang meraikan penampilan sulung bersama Spurs

d e n - g a n b e - b e r a p a aksi tangkas selepas Hugo Lloris dan Michel Vorm mengalami kecederaan.

“Kami tahu ia adalah cabaran besar untuk kami bersed i a s e k a l i lagi selepas menewaskan Real Madrid,” kata pen- gurus Spurs, Mauricio Pochettino. “Keputusan ini lebih hebat walaupun jika prestasi kami tidak begitu memberangs­angkan.” Everton bangkit dari ketinggala­n 0- 2 sebelum menewaskan Watford 3- 2 untuk memberikan kemenangan pertama kepada pengurus sementara, David Unworth. Gol dari Richarliso­n dan Christian Kabasele meletakkan Watford di hadapan tetapi Everton merapatkan kedudukan menerusi gol Oumar Niasse sebelum Dominic Calvert- Lewin mengikat kedudukan dari satu tendangan sudut L e i g h t o n Baines. Baines melengkapk­an kebangkita­n Everton dengan tendangan penalti minit terakhir perl awanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar AFP ?? De Bryune (tengah) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol pertama City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas. AKSI HEBAT: Morata meraikan jaringanny­a ketika beraksi pada perlawanan...
— Gambar AFP — Gambar AFP De Bryune (tengah) melepaskan rembatan untuk menjaringk­an gol pertama City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Etihad, Manchester pada Ahad lepas. AKSI HEBAT: Morata meraikan jaringanny­a ketika beraksi pada perlawanan...
 ??  ?? GOL PEMBUKAAN:
GOL PEMBUKAAN:
 ?? — Gambar AFP ?? TERJAH JARING: Casemiro (dua kanan) menanduk masuk gol pertama Real ketika beraksi pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid Ahad lepas.
— Gambar AFP TERJAH JARING: Casemiro (dua kanan) menanduk masuk gol pertama Real ketika beraksi pada perlawanan di Santiago Bernabeu, Madrid Ahad lepas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia