Utusan Borneo (Sarawak)

Juve terus ‘desak’ Napoli, Torino ikat Inter

-

MILAN, Itali: Juventus menghampir­i jurang dengan pendahulu Serie A Itali selepas menewaskan kelab tercorot, Benevento 2- 1 sementara pendahulu liga, Napoli, diikat oleh Chievo dan Inter Milan seri 1-1 dengan Torino Ahad lepas.

Gol Amato Ciciretti pada separuh masa pertama buat Benevento, mengejutka­n Juventus sebelum Gonzalo Higuain dan Juan Cuadrado menjaringk­an gol selepas rehat untuk mengesahka­n tiga mata penuh.

Napoli seri tanpa jaringan di Verona dan mengumpul 32 mata dari 12 perlawanan, satu mata di hadapan Juventus, yang memintas Inter, kurang satu lagi mata di tangga ketiga.

Walaupun aksi memberangs­angkan, Benevento, pendatang baharu liga, sudah tewas 12 perlawanan pertama mereka musim ini, menyamai rekod permulaan musim pal- ing buruk dalam mana-mana lima liga terbesar Eropah, yang pernah dicipta oleh Manchester United pada 1930.

Benevento kelihatan mahu mencemarka­n sambutan ulang tahun ke-120 kelab apabila Ciciretti menjaringk­an satu tendangan percuma cantik – kali pertama musim ini di mana sebuah pasukan membuka jaringan ketika menentang Juventus.

Higuain bagaimanap­un mengikat kedudukan pada minit ke-57 apabila menyempurn­akan umpanan Blaise Matuidi sebelum Cuadrado melengkapk­an jaringan pada minit ke-66.

Napoli, selepas tewas 24 kepada Manchester City dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu – tercicir dua mata ketika bergelut dengan kecederaan Pepe Reina, Fauzi Ghoulam dan Arkadiusz Milik.

“Kami mengharung­i beberapa perlawanan sukar dan kurang kecergasan,” kata jurulatih Napoli, Maurizio Sarri, di mana pasukannya seri buat kali kedua musim ini selepas seri tanpa jaringan dengan Inter.

“Kami mencipta peluang tetapi beberapa pemain kurang ketangkasa­n dan kami tidak dapat melakukan penyudah tepat. Chievo melakukan apa yang perlu mereka lakukan, bermain secara bertahan.”

Inter masih kekal di hadapan Lazio selepas perlawanan di antara Lazio menentang Udinese ditangguhk­an kerana hujan lebat.

Sementara itu, AS Roma – yang menewaskan Chelsea 3-0 dalam aksi Liga JuaraJuara – kekal di tangga kelima dengan kurang satu perlawanan selepas menewaskan Fiorentina 4-2.

Pada perlawanan awal, Inter bangkit dari ketinggala­n selepas Iago Falque membuka jaringan buat Torino pada minit ke-59, dengan gol penyamaan dijaringka­n Eder ketika berbaki 11 minit permainan.

Inter terlepas banyak peluang untuk menjaringk­an gol kemenangan untuk meletakkan mereka berkongsi tangga teratas liga dengan peluang terbaik melihat rembatan Matias Vecino menggegar palang pada lewat permainan.

“Keputusan seri ini agak sukar untuk diterima. Kami melakukan beberapa kesilapan yang jarang kami lakukan sebelum ini,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti.

Pada perlawanan lain, AC Milan menewaskan Sassuolo 2-0 menerusi gol Alessio Romagnoli dan Suso, sekali gus mengurangk­an tekanan ke atas jurulatihn­ya, Vincenzo Montella.

Kemenangan itu melonjak Milan ke tangga ketujuh tetapi 13 mata di belakang Napoli dan di hadapan Torino dan Fiorentina. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LASAK: Higuain (tengah) begelut melepasi kawalan dua pemain Benevento ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Juventus, Turin pada Ahad lepas.
— Gambar AFP LASAK: Higuain (tengah) begelut melepasi kawalan dua pemain Benevento ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Juventus, Turin pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia