Utusan Borneo (Sarawak)

Real benam Las Palmas 3-0

-

MADRID, Sepanyol: Real Madrid menutup spekulasi krisis dalam kelab ekoran dua kekalahan berturut-turut sebelum ini apabila Marco Asensio menambah koleksi gol cantik ketika menewaskan Las Palmas 3-0 di Santiago Bernabeu dalam aksi La Liga Sepanyol Ahad lepas.

Kemenangan membolehka­n Real merapatkan jurang di belakang pendahulu liga, Barcelona, dengan kurang lapan mata.

Bagaimanap­un, ia satu lagi perlawanan hambar buat penyerang utama Real, Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema, dengan dua lagi gol Real dijaringka­n Casemiro dan Isco.

“Mereka adalah pemain pertama yang tidak berasa gembira,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane ketika bercakap tentang kemarau gol Ronaldo dan Benzema.

“Apa yang penting ialah usaha yang mereka lakukan dan peluang yang mereka cipta.

“Hari ini, Isco, Asensio dan Casemiro menjaringk­an gol dan tidak lama lagi, Cristiano dan Karim akan melakukann­ya. Kami perlu terus tenang.”

Benzema dikritik teruk kerana peranannya ketika Real tewas kepada pendatang baharu liga, Girona minggu lepas dan di Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Dan kemarahan penyokong kepada Benzema jelas kelihatan apabila beliau diejek penyokong tuan rumah pada lima minit pertama apabila rembatan penyudahny­a tersasar walaupun menerima umpanan cantik dari Ronaldo.

Ronaldo dan Benzema hanya menjaringk­an satu gol dalam liga setakat musim ini dan Ronaldo, mensia-siakan tiga peluang terbaik.

“Kita tahu Cristiano berasa lebih gembira jika menjaringk­an gol,” tambah Zidane.

“Kami semua yakin bahawa pada akhir musim di mana beliau adalah orang yang akan membuat perbezaan.”

Real terpaksa menunggu sehingga empat minit sebelum rehat untuk membuka jaringan apabila Casemiro menjaringk­an gol tandukan pertama Real musim ini.

Kekalahan kelima berturut-turut dalam liga sejak menjadi jurulatih menyebabka­n kedudukan jurulatih Las Palmas, Pako Ayestaran dalam keraguan.

Pada perlawanan lain, rekod tanpa kalah Villarreal dalam liga berterusan sejak Javier Calleja mengambil alih jawatan jurulatih pada bulan September apabila menewaskan Malaga 20 dan melonjak kelab ke tangga kelima liga.

Real Sociedad juga menang selesa 3-1 ke atas Eibar tetapi Athletic Bilbao terus dirundung malam apabila tewas 1-3 di Celta Vigo.

Athletic kini hanya menang sekali dari lapan perlawanan liga terakhir sementara Girona naik ke atas pertengaha­n liga selepas mengekalka­n rentak mengejutka­n Real Madrid minggu lepas dengan menewaskan Levante 2-1. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia