Utusan Borneo (Sarawak)

Cahill enggan berjanji namun akan lakukan apa saja agar kembali cergas

-

MELBOURNE, Australia: Penyerang Tim Cahill, tidak bersedia untuk membuat sebarang janji tetapi beliau melakukan apa yang beliau mampu agar kembali cergas untuk perlawanan pertama playoff terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Honduras Jumaat ini.

Pemain berusia 37 tahun itu, yang menjaringk­an satu rekod 50 gol dalam 103 perlawanan untuk Australia, berkata beliau dan dua doktor peribadi sudah berusaha untuk memulihkan kecederaan buku lali semasa satu perlawanan Liga Australia pada hari Jumaat lepas.

“Saya sememangny­a tidak akan berjanji apa- apa tetapi ini adalah perlawanan sangat penting untuk kami, satu peluang untuk melangkah ke Piala Dunia buat kali keempat berturut- turut, jadi kami akan membuat keputusan sewajarnya,” kata beliau kepada wartawan di lapangan terbang Melbourne.

“Jika ia (rawatan) berhasil, sangat hebat. Jika tidak, saya akan bertanggun­gjawab.

“Ia dua minggu penting untuk bola sepak Australia dan saya faham tentang isu kenapa saya perlu bersama skuad dalam keadaan seperti ini ( cedera) tetapi saya tidak akan melakukann­ya jika saya fikir ia tidak sepatutnya dilakukan.”

Cahill, di mana dua gol beliau membantu Australia menewaskan Syria pada playoff Zon Asia, berkata rawatan yang diterimany­a akan diteruskan sepanjang penerbanga­n ke negara Amerika Tengah itu.

Rakan pemain yang lain sudah berangkat sehari lebih awal ke Honduras. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia