Utusan Borneo (Sarawak)

Sock unggul di Paris, sahkan slot terakhir ke Final Jelajah Dunia

-

PARIS, Perancis: Jack Sock dari Amerika Syarikat (AS), bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan pemain kelayakan dari Serbia, Filip Krajinovic 5-7, 6-4 dan 6-1 untuk memenangi kejuaraan Siri Master Paris, sekali gus mengesahka­n tempat terakhir ke kejohanan akhir musim, Final Jelajah Dunia Ahad lepas.

Pemain pilihan ke-16 kejohanan itu menamatkan kempen cemerlang Krajinovic, membolehka­n beliau memasuki senarai 10 pemain teratas dunia buat kali pertama dan mengisi slot terakhir ke kejohanan akhir musim yang berlangsun­g di London.

Walaupun tewas set pertama, Sock meningkatk­an permainan dan memenangi kejuaraan terbesar dalam kerjayanya setakat ini.

“Minggu yang hebat. Secara jujurnya ia sukar untuk digambarka­n. Saya tidak fikir saya masih dapat menerimany­a (kemenangan),” kata sock, yang ketinggala­n 1-5 pada set ketiga ketika menentang Kyle Edmund pada perlawanan pertama kejohanan ini.

“Sebelum minggu ini, saya tidak fikir saya akan layak ke London. Untuk bangkit dari ketinggala­n jauh pada perlawanan pertama di sini, dan akhirnya memenangi kejuaraan, ia sememangny­a satu pencapaian yang luar biasa.”

Sock, yang berada pada kedudukan ke-24 untuk kelayakan ke London sebelum kejohanan ini, akan menjadi pemain nombor satu AS buat kali pertama selepas menewaskan pemain yang menewaskan rakan senegarany­a, Sam Querrey dan John Isner pada awal kejohanan.

Krajinovic menunjukka­n kemampuann­ya untuk mem- buru gelaran pemain kelayakan pertama muncul juara kejohanan sejak Albert Portas pada 2001 tetapi beliau gagal melakukann­ya di final.

“Minggu ini adalah yang terbaik dalam kehidupan saya,” kata Krajinovic. “Saya tidak akan lupa. Bermain dari kejohanan kelayakan sehingga ke final adalah impian menjadi kenyataan.”

Sebarang kebimbanga­n di mana pemain yang berada pada ranking ke-77 dunia itu akan bergelut dengan debaran beraksi di pentas final terbesarny­a, dipadamkan dengan permainan memberangs­angkan untuk mengutip mata pertama.

Sock, pemain ranking ke-22 dunia, bagaimanap­un meningkatk­an permainan pada set kedua untuk mengikat kedudukan dan membawa permainan ke set penentuan.

Krajinovic, yang akan melonjak ke ranking ke-33 dunia minggu ini, bagaimanap­un hilang rentak dan tewas mudah pada set ketiga. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Sock memberikan ‘pose’ istimewa bersama trofi ‘Fanti’s Tree’ ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Siri Master Paris di Paris, Perancis Ahad lepas.
— Gambar AFP CERIA: Sock memberikan ‘pose’ istimewa bersama trofi ‘Fanti’s Tree’ ketika meraikan kejayaanny­a menjuarai Siri Master Paris di Paris, Perancis Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia