Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan Festival Relay 2017 kini dibuka

-

SIBU: Penyertaan Festival Relay 2017 (lari bergantiga­nti) di Stadium Tun Zaidi di sini dijadualka­n pada 18 November ini kini dibuka untuk pendaftara­n.

Festival dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Amatur Sibu (SDAAA) Bahagian Sibu itu sebagai landasan pelaripela­ri di sini mengambil bahagian pada persaingan yang kompetitif.

“Selain itu, kami juga berharap program tersebut dapat meningkatk­an hubungan kalangan atlet di negeri ini,” kata Setiausaha SDAAA, Ting Siew Nguong di sini semalam.

Pertanding­an itu dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu lelaki dan wanita bawah 12 tahun dan bawah 15 tahun serta terbuka lelaki dan wanita.

Kategori bawah 12 tahun, sebanyak lima acara dipertandi­ngkan iaitu lima termasuk 4x50m, 4x100m, 4x200m, 4x300m dan lari berganti-ganti 2x100m, 2x200m, 1x300m dan 1x400m.

“Enam pelari bersaing dalam acara lari berganti dan ini akan menyajikan perlumbaan menarik dan mencabar,” katanya.

Pasukan juara akan menerima hadiah wang tunai RM200 manakala tempat kedua RM150 dan RM100 untuk tempat ketiga.

Kategori bawah 15 tahun dan terbuka, acara 4x400m digantikan dengan acara 8x50m manakala selebihnya sama dengan acara dipertandi­ngkan untuk kategori bawah 12 tahun.

Pasukan juara membawa pulang hadiah wang tunai RM300 diikuti RM200 untuk tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga.

Yuran kemasukan adalah RM30 untuk kategori bawah 12 tahun dan RM50 untuk kategori bawah 15 tahun dan terbuka.

Ting berkata, setiap pasukan terdiri 10 pelari dan tidak akan ada had jumlah acara diambil oleh peserta.

“Semua pasukan mesti memakai pakaian seragam masing-masing dengan nombor pendaftara­n disediakan oleh penganjur.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 13 November ini.

Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui email ke snting8755@ hotmail. com. atau untuk pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Ting di talian 016-8881455.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia