Utusan Borneo (Sarawak)

Aidil kecewa gagal beraksi 90 minit final Piala Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak mengakui kecewa apabila tidak dapat beraksi 90 minit pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang menyaksika­n JDT melakar kemenangan 2- 0 ke atas juara bertahan, Kedah di Stadium Shah Alam, malam Sabtu lalu.

Mohd Aidil Zafuan yang sudah membuat 67 penampilan bersama JDT, dibawa keluar pada minit ke- 60 untuk digantikan dengan Junior Eldstal sewaktu pasukannya sedang mendahului 1-0 selepas diusung keluar akibat kecederaan.

“Sebenarnya saya masih lagi boleh beraksi hingga ke wisel penamat tetapi perkara ini terjadi mungkin disebabkan salah faham sahaja, namun itulah hak- ikatnya sesebuah perlawanan yang sangat penting. Keputusan cepat harus dibuat.

“Cuma perasaan kecewa tidak dapat beraksi 90 minit itu tetap ada kerana ini adalah perlawanan akhir, saya ingin memberikan segalanya yang termampu untuk mencapai kejayaan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini, semalam.

Bagaimanap­un beliau tetap gembira apabila disenaraik­an jurulatihn­ya, Ulisses Morais dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan tersebut meskipun beliau sebelum ini lebih banyak berada di bangku simpanan berikutan masalah kecederaan yang dialami sepanjang musim ini.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaa­n un- tuk saya beraksi pada final walaupun musim ini saya tidak begitu konsisten dan banyak terlepas perlawanan kerana kecederaan yang berulang,” tambah pemain dari Negeri Sembilan itu.

Pada aksi final semalam, tandukan deras Mohd Aidil Zafuan berjaya meletakkan skuad Harimau Selatan di hadapan seawal minit ketiga permainan sebelum penyerang kelahiran Argentina, Gonzalo Gabriel Cabrera menyumbat gol kedua untuk mengesahka­n kemenangan JDT.

Kejayaan menjulang Piala Malaysia itu menyaksika­n JDT berjaya menamatkan penantian 26 tahun selepas kali terakhir trofi kejuaraan itu berada di selatan tanah air pada 1991 ketika Johor menewaskan Selangor 3-1. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia