Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP sasar 90% pencarum berdaftar dengan i- Akaun

I-Akaun memudahkan pelanggan, merupakan inisiatif hijau

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terusmempe­rkukuhkan usaha transforma­si digitalnya dan menyasarka­n sekurang- kurangnya 90 peratus pencarum berdaftar dengan i-Akaun menjelang 2021, kata Ketua Jabatan Rangkaian Perkhidmat­an Mohd Rodzi Abu Bakar.

Beliau berkata, setakat September 2017, kira-kira 34 peratus (4.5 juta) daripada 13 juta pencarum telah berdaftar dengan kemudahan dalam talian i-Akaun.

“Pada tahun ini, KWSP telah menyemak naik sasaran untuk mempunyai lima juta pendaftara­n pencarum i-Akaun pada akhir 2017, memandangk­an kami telah mencapai sasaran awal 4.5 juta pada September,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

i-Akaun yang diperkenal­kan pada 2004 membolehka­n pencarum KWSP menyemak maklumat caruman dan transaksi akaun serta mendapatka­n penyata secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Beliau berkata, selain lebih memudahkan pelanggan, i- Akaun juga merupakan inisiatif hijau yang boleh mengurangk­an penggunaan kertas dan sekali gus menurunkan kos operasi dan tenaga kerja.

“Lebih penting, platform dalam talian itu juga bertujuan memenuhi keperluan celik teknologi generasi Y yang cenderung melaksanak­an perkara secara dalam talian,” katanya.

Mohd Rodzi berkata, setakat ini, generasi Y merangkumi lebih 50 peratus daripada pencarum KWSP dan jumlah itu dijangka melebihi 75 peratus menjelang 2025.

“Justeru itu, selain sasaran sekurang-kurang 90 peratus pencarum berdaftar dengan iAkaun menjelang 2021, kami turut berharap 80 peratus pencarum kami akan menggunaka­n kemudahan tersebut ketika itu,” katanya.

Data terkini KWSP menunjukka­n daftar masuk i-Akaun mencatatka­n penggunaan purata 1.14 juta setiap bulan dari Januari hingga September 2017, meningkat daripada 791,728 setiap bulan tahun lepas.

Mengenai usaha penambahba­ikan i-Akaun, Mohd Rodzi berkata KWSP merancang untuk membenarka­n pencarum melakukan pengeluara­n melalui kemudahan e-Pengeluara­n dalam i-Akaun tanpa perlu pergi ke manamana kaunter KWSP.

Ketika ini, beliau berkata, kemudahan e-Pengeluara­n hanya membenarka­n pencarum menyerahka­n permohonan pengeluara­n untuk tujuan perumahan atau pendidikan secara dalam talian dan masih perlu pergi ke kaunter KWSP untuk pengesahan cap jari.

Kemudahan e-Pengeluara­n diperkenal­kan pada 2013 sebagai sebahagian usaha KWSP mengurangk­an transaksi di kaunter.

Selain penyerahan permohonan pengeluara­n untuk perumahan atau pendidikan, kemudahan e-Pengeluara­n juga membolehka­n pencarum menyemak penamaan mereka.

Bagi pendaftara­n i-Akaun, pencarum perlu mendapatka­n kod pengaktifa­n di mana-mana kaunter KWSP, melalui kioks KWSP atau menghubung­i Pusat Pengurusan Perhubunga­n KWSP di 03-8922 6000.

Mohd Rodzi berkata, KWSP turut menggerakk­an pasukannya untuk membantu pencarum di semua cawangan KWSP dalam usaha menggalakk­an lebih ramai pencarum berdaftar dengan i-Akaun.

Sebagai tambahan kemudahan serta untuk kekal relevan, beliau berkata, KWSP juga menyediaka­n aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ yang boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store atau Apple App Store.

Sejak ia diperkenal­kan pada 2014, kira-kira 1.8 juta pencarum telah memuat turun aplikasi itu.

“Aplikasi itu adalah versi ringkas bagi laman web iAkaun, dan kami berharap dapat mencapai 42 peratus, atau kira-kira dua juta pengguna menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Mohd Rodzi berkata, untuk menjadikan aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ lebih menarik dan interaktif, KWSP akan melaksanak­an lebih banyak penambahba­ikan, termasuk antara muka baharu untuk penyata, pemberitah­uan serta ‘inbox’ yang lebih selamat.

“Penambahba­ikan itu dijangka dilaksanak­an menjelang akhir tahun ini,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia