Utusan Borneo (Sarawak)

PNB ambil pendekatan oportunis dalam tentukan pelaburan di luar negara

-

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengambil pendekatan bersifat oportunis dalam menentukan hala tuju pelaburan antarabang­sanya untuk memastikan pendeposit mendapat pulangan yang tinggi.

Pengerusin­ya, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata kumpulan itu kini sedang mengkaji pasaran yang sesuai, termasuk Amerika Syarikat, Eropah, ASEAN dan Asia Utara, selain masa yang sesuai untuk meningkatk­an pelaburan antarabang­sanya, yang agak rendah pada masa ini.

“Ketika ini, sebanyak 98 peratus daripada pelaburan kami adalah di Malaysia.

Ternyata, bagi jangka masa panjang, kami mahu pelaburan antarabang­sa sebanyak 2.0 peratus berada pada tahap yang lebih tinggi, tetapi kami mengambil pendekatan yang bersifat oportunis, dan ia perlu tertakluk kepada peluang pelaburan yang tepat dan pada masa yang tepat.

“Kami turut memantau kadar pertukaran dengan teliti berikutan kami mahu melabur semasa ringgit benar-benar kukuh.

“Jika anda melabur semasa ringgit lemah, apabila ia kemudian mengukuh pulangan anda akan menjadi rendah. Ia adalah perkara yang kami mahu elak,” katanya kepada Bernama ketika hadir sebagai tetamu pada program Biztalk Bernama News Channel, di sini baru-baru ini.

Dari segi potensi pasaran antarabang­sa bagi ekuiti dan hartanah, katanya destinasi pelaburan adalah dalam pasaran yang lebih maju dan stabil yang PNB lebih mengetahui dan selesa untuk melabur.

Sementara itu, mengenai dana sebanyak RM500 juta bagi komuniti India yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018, katanya PNB gembira dapat bekerjasam­a dengan jabatan ekonomi khas bagi masyarakat India untuk memulakan dana tersebut.

“Dari segi maklumat (mengenai dana tersebut), ia akan diumumkan oleh Unit Khas Program Pembanguna­n Sosio- Ekonomi Masyarakat India (SEDIC).

Jelas sekali, kami berharap ia (dana tersebut) dapat dilaksanak­an pada Januari tahun depan,” katanya.

Mengenai pelan untuk mengurangk­an aset di bawah pengurusan secara tunai kepada 15 peratus, Abdul Wahid berkata tiada tempoh ditetapkan apabila kumpulan akan mencapai tahap tersebut berikutan penguranga­n tunai amat bergantung kepada ketersedia­an peluang pelaburan dalam semua kelas aset yang lain.

Sejak Ogos (tahun ini), kami telah mengurangk­annya (tunai) kepada 19 peratus daripada 20 peratus. — Bernama

Qatar Airways ambil alih 9.61% kepentinga­n dalam Cathay Pacific

KUALA LUMPUR: Qatar Airways menandatan­gani perjanjian untuk membeli 378.188 juta saham atau 9.61 peratus kepentinga­n dalam Cathay Pacific Airways Ltd.

“Qatar Airways gembira dapat menyelesai­kan pelaburan kewangan dalam Cathay Pacific,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker dalam satu kenyataan semalam. Cathay Pacific ialah ahli oneworld.

Transaksi itu dijangkaka­n selesai di Hong Kong semalam.

Pelaburan ini menyokong meningkatk­an lagi strategi pelaburan Qatar Airways yang sudah pun meliputi 20 peratus pelaburan dalam Internatio­nal Airlines Group, 10 peratus dalam LATAM Airlines Group dan 49 peratus dalam Meridiana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia