Utusan Borneo (Sarawak)

Kami mahu globalisas­ikan e-dagang, bukan platform kami, kata Jack Ma

-

SEPANG: Matlamat utama Alibaba Group ialah untuk memperkasa perniagaan kecil dan membawa mereka ke tahap lebih tinggi, dengan itu mewujudkan persekitar­an mampan untuk mereka berkembang.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Jack Ma berkata, kumpulan itu tidak mempunyai rancangan untuk mengglobal­isasi jenamanya, tetapi sasaran tunggalnya adalah untuk membuka pintu dunia kepada e- dagang melalui Internet.

“Itulah perbezaan antara kami dengan platform digital lain.

Kami tidak bertujuan mengglobal­isasi Alibaba, tetapi apa yang kami mahu ialah memperkasa dan mengglobal­isasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya pada sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Selepas pelancaran fasa pertama Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) di sini baru-baru ini, Ma berkata, matlamat seterusnya adalah untuk membawa pengkomput­eran awan kepada PKS bagi memastikan mereka beroperasi dengan sistem terkini.

Beliau berharap, kumpulan itu dapat bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan bagi mengajar penuntut bagaimana untuk menjalanka­n perniagaan secara dalam talian.

“Tidak ada sesiapa perlu takut untuk meneroka sektor e-dagang. Gunakan platform itu dan bagi golongan muda, ia adalah kelebihan untuk mereka kerana mereka dilahirkan dalam era teknologi,” katanya.

Ma berkata, kewujudan DFTZ akan meningkatk­an peluang kepada PKS untuk menembusi bukan sahaja pasaran China, tetapi juga Rusia, Eropah dan Timur Tengah.

“Tidak lama lagi semua perniagaan perlu diglobalis­asi jika mereka mahu terus mampan kerana dunia kini bergerak ke arah e-dagang,” katanya.

Ma berkata, modul DFTZ boleh ditiru di tempat lain dan dalam tempoh lima tahun akan datang, negara lain akan mempunyai modul yang sama yang akan memanfaatk­an bukan sahaja penggiat ekonomi utama, tetapi juga PKS.

“Dengan memampanka­n perniagaan kecil, kita boleh meneruskan­nya untuk tempoh lebih panjang, tetapi dengan syarikat besar, kita hanya boleh mampan untuk tempoh pendek, contohnya lima tahun,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia