Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK sedia bantu usahawan MLM berkaitan ilmu keusahawan­an

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) bersedia membantu usahawan syarikat jualan langsung ( MLM) tempatan berkaitan ilmu keusahawan­an, agar lebih ramai usahawan dapat dilahirkan menerusi saluran syarikat itu di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu bukan sahaja dapat menyokong industri jualan langsung di negara ini tetapi juga membantu usahawan untuk berjaya dalam perniagaan.

“Saya sangat menyokong syarikat seperti Hai-O (Sahajidah Hai-O Marketing), yang mempunyai 150,000 usahawan di seluruh negara yang mana 80 peratus daripadany­a adalah Bumiputera.

“Sekiranya Hai-O mahu adakan kursus keusahawan­an, kita boleh gunakan pegawai kita untuk berkongsi ilmu keusahawan­an ini bukan sahaja mengenai kemahiran komunikasi dalam berniaga tetapi juga kita dapat terapkan mereka dengan etika dan undang-undang berhubung jualan langsung ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Ulang Tahun Sahajidah Hai-O Marketing ke-25 di Stadium Malawati di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Kanan Sahajidah Hai- O Marketing, Tan Sri Osman S. Cassim. Hamzah turut menyeru syarikat jualan langsung supaya tidak melanggaru­ndang-undang yang termaktub dalam Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993 sehingga boleh menyebabka­n lesen syarikat dibatalkan.

“Sekiranya syarikat itu benar-benar dapat mengeluark­an produk yang baik dan dapat gunakan kaedah jualan langsung juga dengan baik, ia secara tidak langsung dapat mewujudkan keyakinan dan kepercayaa­n dalam kalangan pengguna.

“Seperti Hai-O, kementeria­n selalu menegur mereka supaya sentiasa mengikut undang-undang yang digariskan dan sebab itu ia adalah antara syarikat jualan langsung yang boleh dipercayai,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia