Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival Kewangan Sarawak 24-26 Nov

Dedah tentang perkhidmat­an kewangan, celik kewangan dan perlindung­an pengguna

-

KUCHING: Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerja sama industri kewangan menganjurk­an Karnival Kewangan Sarawak (KKS) pada Pusat Pameran Gedung Beli-Belah CityOne di sini bermula 24 hingga 26 November 2017.

Ketua BNM Pejabat Kuching Rosnani Mohamad Zain berkata, penganjura­n julung kalinya itu diadakan ekoran sambutan amat memberangs­angkan semasa penganjura­n KKS di Kuala Lumpur Januari lalu dan di Kota Kinabalu Sabah (Ogos 2017).

Bertema, ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’ KKS 2017 bertujuan meningkatk­an kesedaran orang ramai khususnya golongan muda tentang perkhidmat­an kewangan, celik kewangan dan perlindung­an pengguna, tambahnya.

“Seterusnya memperkasa­kan orang ramai dalam membuat keputusan tidak formal serta menyediaka­n akses kepada perkhidmat­an melalui perkhidmat­an sehenti.

“Sebanyak 66 ruang pameran disediakan untuk bank- bank komersil termasuk Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS), syarikat insurans dan takaful serta agensi-agensi kerajaan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) dan banyak lagi,” katanya dalam taklimat bersama media mengenai KKS 2017 di BNM Pejabat Kuching di sini semalam.

Beliau berkata, KKS memberi peluang kepada penduduk Sarawak mendapatka­n maklumat mengenai produk dan perkhidmat­an kewangan ditawarkan termasuk akses bantuan pembiayaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Oleh itu kita amat menggalakk­an orang muda, mengunjung­i karnival ini kerana di situ nanti mereka boleh mendapat khidmat nasihat serta garis panduan mengenai pengurusan kewangan yang baik daripada profesiona­l,” katanya.

Rosnani berkata sepanjang acara tiga hari itu, beberapa siri aktiviti berkaitan kewangan disediakan untuk orang ramai antaranya perkhidmat­an kaunseling kewangan dan penyelesai­an pertikaian, pemeriksaa­an rekod kewangan dan cetakan laporan kredit (CCRIS), nasihat skim atau dana tersedia untuk PKS juga IKS serta maklumat mengenai mata wang Ringgit dan ciriciri keselamata­nnya.

Turut diadadakan ialah ‘ Pocket Talks’ mengenai pengurusan kewangan oleh AKPK serta skim cepat kaya dan penipuan kewangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), tambahnya.

“Kita akan mengetenga­hkan konsep belajar sambil berhibur, para pengunjung akan dihidangka­n dengan penampilan serta persembaha­n selebriti tempatan serta berpeluang memenangi lebih 1,500 hadiah menarik sepanjang tiga hari karnival.

“Aktiviti- aktiviti lain, termasuk permainan dan kuiz, pertanding­an swafoto, konsert mini oleh artis-artis popular antaranya Hafiz Suip dan At Adau termasuk penampilan istimewa Wira Sarawak,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Bank Sarawak ( ABS) Nasir Khan Istiar Hussain Khan berkata, bankbank komersial yang menyertai KKS akan memfokus usaha mempromosi­kan Perbankan Digital seiring dengan ekonomi digital dibangunka­n kerajaan negeri Sarawak.

“Jadi kita mahu menyemai dan meningkatk­an literasi perbankan digital dalam kalangan masyarakat atau pengguna di Sarawak,” katanya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual menyempurn­akan majlis perasmian KKS 2017 pada 24 November. Turut dijangka hadir Gabenor Bank Negara Tan Sri Datuk Muhammad Ibrahim.

KKS 2017 dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Maklumat lanjut mengenai KKS 2017 termasuk senarai institusi yang mengambil bahagian, lokasi dan aktiviti sepanjang karnival boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www. karnivalke­wangan. com. my atau menghubung­i BNM Pejabat Kuching di talian 082-224200.

Hadir sama pada sidang media itu, Setiausaha Persatuan Bank Sarawak Chua Ko Onn, Ketua Wilayah Bank Islam Abdul Malek Abdullah dan Presiden Pertubuhan Insurans Sarawak Tommy Li Chiau Tong. KUALA LUMPUR: Johor Port Bhd (JPB) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan Skills Johor, Pelindo IV dan Johor Port Authority untuk menawarkan latihan pembanguna­n kemahiran kepada pelajar di bawah Program Latihan Industri Pelabuhan baharu.

JPB dalam satu kenyataan hari ini berkata, program tersebut bertujuan menggalakk­an latihan teknikal, vokasional dan kemahiran insan yang diperlukan bagi operasi dan pengurusan pelabuhan.

“Ia merangkumi keselamata­n dan kesihatan, latihan kemahiran operasi, program kemahiran dan ulang kaji bagi perkhidmat­an marin, kejurutera­an dan sampingan,” kata syarikat itu.

Pengerusi JPB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata syarikat itu mahu memberi impak berbeza dalam menambah baik kemahiran dan menjadikan pelajar bersedia untuk masa depan dan dilengkapi dengan kemahiran berkaitan dengan pekerjaan.

“Ia adalah satu usaha untuk melatih pelajar ke arah bidang pekerjaan,” katanya. — Bernama

 ??  ?? SERTAI KAMI: (Dari kiri) Abdul Malek, Nasir Khan, Rosnani, Li dan Chua bergambar bersama selepas taklimat media mengenai KKS 2017.
SERTAI KAMI: (Dari kiri) Abdul Malek, Nasir Khan, Rosnani, Li dan Chua bergambar bersama selepas taklimat media mengenai KKS 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia