Utusan Borneo (Sarawak)

SL1M bantu 138,398 graduan sehingga 31 Okt

-

KUALA LUMPUR: Seramai 138,398 graduan telah dibantu melalui program Skim Latihan 1Malaysia ( SL1M) sehingga 31 Okt tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Beliau berkata mereka telah dibantu oleh 22 syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) serta melalui program anjuran SL1M antaranya Karnival Kerjaya SL1M dan Program ‘Search and Assist’ SL1M di seluruh negara.

“GLIC dan GLC yang mengambil bahagian, masih melaksanak­an program ini secara tanggungja­wab sosial korporat dan semua kos perbelanja­an latihan graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat,” katanya dalam jawapan bertulis pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Ia bagi menjawab soalan daripada Datuk Hasbullah Osman ( BN- Gerik) yang ingin mengetahui mengenai peranan dan sumbangan Khazanah Nasional dalam pelaksanaa­n program SL1M.

Othman berkata pada 2015 dan 2016, seramai 5,160 siswazah telah dilatih di bawah program Khazanah Nasional SL1M – GREEN dengan perbelanja­an sebanyak RM89 juta.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 77 peratus peserta program tersebut berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat latihan selama tujuh bulan,” katanya.

Khazanah merupakan antara syarikat yang terlibat dengan pelaksanaa­n program SL1M yang diperkenal­kan pada 1 Jun, 2011.

Bagi memperluas­kan pelaksanaa­n Program SL1M dalam syarikat swasta, katanya ia turut dijadikan antara syarat bagi syarikat yang ditawarkan kontrak perolehan kerajaan termasuk pelanjutan kontrak.

Syarikat tersebut hendakl ah memperuntu­kkan sekurang- kurangnya satu peratus daripada nilai kontrak untuk melaksanak­an program SL1M berdasarka­n had yang ditetapkan.

Selain itu, dalam Bajet 2018 baru-baru ini, katanya sejumlah RM40 juta diperuntuk­kan bagi program temuduga terbuka yang akan dilaksanak­an oleh kerajaan dan GLC terbabit.

Kerajaan juga akan mewujudkan pusat sehenti menggabung­kan agensi seperti JobsMalays­ia, Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan SL1M di Pusat Transforma­si Bandar (UTC). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia