Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah emas keenam Toyota dalam Anugerah Jenama Putra

-

KUCHING: Toyota sekali lagi menerima Anugerah Emas dalam Kategori Automotif dalam Anugerah Jenama Putra 2017, menjadikan ia tahun keenam berturuttu­rut memenangi anugerah tertinggi tersebut.

Ia juga merupakan kali kelapan jenama itu menerima anugerah sejak acara berprestij itu dimulakan pada 2010.

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij itu sekali lagi, apabila Toyota menjadi pemenang emas dalam kategori automotif selama enam tahun berturut- turut.

“Kita mengucapka­n teri- ma kasih kepada pelanggan setia kita yang menyokong kita sepanjang tahun dan kita akan terus memberi yang terbaik dalam produk dan perkhidmat­an pelanggan yang cemerlang,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Anugerah Jenama Putra itu merupakan acara anugerah jenama utama di Malaysia.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklana­n Yang Diiktiraf Malaysia ( 4A) dan diendors oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) dengan sokongan Persatuan Penjenamaa­n Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persatuan Pakar Media.

Dengan menggunaka­n kaedah penyelidik­an pengguna yang kukuh dibangunka­n oleh rakan penyelidik­an, 6,000 pengguna akan menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori, dengan setiap kategori diberikan Emas, Perak dan/ atau Gangsa untuk jenama paling disukai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia