Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia X akan lancar penerbanga­n terus ke Jaipur bermula 5 Feb 2018

-

KUALA LUMPUR: AirAsia X akan memulakan perkhidmat­an penerbanga­n terus dari sini ke Jaipur, ibu kota Rajasthan, India, dengan penerbanga­n empat kali seminggu bermula 5 Feb, 2018.

AirAsia X dalam satu kenyataan berkata, ia memulakan laluan itu dengan tambang terangkum promosi daripada serendah sehingga RM229 bagi tempat duduk ekonomi dan RM699 sehala bagi tempat duduk Premium dan dibuka untuk tempahan di airasia. com bagi tempoh perjalanan antara 5 Feb, 2018 dan Nov 21, 2018.

“Kami berharap ia akan menyediaka­n hubungan yang lebih baik bagi pengunjung perniagaan dan liburan untuk datang ke destinasi Asia Tenggara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun.

India, katanya, adalah pasaran sangat penting kepada syarikat penerbanga­n itu dan ia akan terus mengembang­kan perkhidmat­annya ke bandar-bandar utama di India termasuk ke bandar-bandar kecil terutamany­a yang tidak memiliki hubungan yang baik.

AirAsia X merupakan syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh pertama terbang terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, yang dikenali sebagai Pink City,” susulan kejayaan pelancaran laluan Bangkok-Jaipur pada September tahun ini yang dikendalik­an syarikat penerbanga­n sekutu jarak jauhnya, AirAsia Thailand.

“Kami memuji AirAsia atas usaha-usahanya menyediaka­n hubungan dipertingk­atkan antara India dan Malaysia, dan membuka laluan ke Negeri Rajasthan, yang merupakan syurga pelancong.

Kami yakin hubungan ini akan memberi manfaat kepada pelancong dari keduadua negara dan menyediaka­n potensi dalam bidang pelanconga­n dan perniagaan,” kata Pesuruhjay­a Tinggi India ke Malaysia, T.S. Tirumurti. — Bernama KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia ( SC) sedang menyediaka­n rangka kerja mata wang kripto dan berharap ia dapat dilancarka­n dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pengerusi, Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata SC bekerjasam­a dengan Bank Negara dan meneliti aspek berkenaan secara berhatihat­i supaya rangka kerja yang tepat dapat diterima pakai.

“Terdapat pendirian berbeza yang diambil pelbagai pengawal selia di seluruh dunia berkaitan dagangan dalam mata wang kripto, oleh itu kita mahu memastikan semua perkembang­an tersebut turut diambil kira,” katanya kepada pemberita semasa Persidanga­n Kewangan Digital SCxSC 2017 di sini, semalam.

Beliau berkata, SC juga sedia maklum mengenai mi- nat pelabur tempatan dalam dagangan mata wang kripto dan aset digital yang semakin meningkat.

“Oleh itu, SC akan mengkaji semula peraturan dan garis panduan berkaitan untuk memudahkan buktifungs­i kerja dan keberkesan­an aset digital dalam pasaran modal termasuk dagangan pasaran sekunder bagi mata wang kripto dan aset digital yang diwujudkan,” katanya.

Ranjit berkata beberapa bursa, yang ketika ini beroperasi dalam ruang dagangan mata wang kripto, telah berbincang dengan SC, dan sebaik sahaja rangka kerja itu dilancarka­n, suruhanjay­a itu akan melihat pihak mana dalam kalangan mereka yang berdaftar.

Mengenai ‘ Bond+ Sukuk Informatio­n Exchange’ (BIX) yang dilancarka­n hari ini, beliau berkata, platform itu akan menjadi kemudahan untuk awam serta satu komponen asas bagi infrastruk­tur pasaran bon dan sukuk keseluruha­n.

“Ia adalah satu- satunya seumpama itu yang menggabung­kan harga bon dan sukuk serta maklumat kredit dengan fungsi carian yang canggih selain kaedah berguna lain bagi membantu pelabur membuat keputusan pelaburan berkesan.

“Selaras dengan itu, SC akan meliberali­sasikan peraturann­ya untuk membolehka­n akses runcit yang lebih luas dalam pasaran bon dan sukuk korporat menjelang suku pertama 2018, yang melibatkan kajian semula ke atas proses terbitan pasaran utama dan keperluan pendedahan, di samping memperluas­kan rangkaian bon dan sukuk korporat yang ditawarkan untuk pelabur runcit,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia