Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi tentera Perancis di Mali berakhir padah

-

BAMAKO: Satu serbuan antipengga­nas oleh pasukan tentera Perancis pada hujung bulan lepas menyebabka­n 11 anggota tentera Mali yang dipenjarak­an mati, menurut sumber tentera kelmarin.

Insiden berlaku di wilayah timur laut Kidal pada 23-24 Oktober, selepas pihak tentera Mali menerima bukti bahawa anggota tentera mereka, yang telah ditangkap pejuang masih hidup.

Bagaimanap­un, selepas apa yang kelihatan sebagai satu serbuan yang gagal, mereka telah meninggal dunia, menurut seorang pegawai kementeria­n pertahanan, sambil menambah bahawa pihak berkuasa telah berhubung dengan pihak tentera Perancis.

Gambar mayat anggota tentera mengesahka­n keadaan kematian mereka.

Seorang sumber tentera kedua Mali menyatakan pastinya terdapat satu serbuan Perancis.

“Anggota tentera Mali yang ditangkap oleh pejuang jihad di antara Julai 2016 dan Mac 2017 telah terbunuh,” tambah sumber tersebut.

Di bawah nama Operasi B a r k h a n e , P e r a n c i s mengekalka­n satu misi selama 4,000 lelaki di wilayah yang menempatka­n negara-negara Sahel terhadap pejuang jihad yang telah melakukan pengeboman berdarah, tembakan dan penculikan.

Selepas serbuan Oktober, pihak tentera Perancis melaporkan sebuah kumpulan pengganas bersenjata dikaitkan dengan Al-Qaeda di Maghreb Islam (AQIM) telah dimusnahka­n dan 15 pejuang dibunuh tentera Perancis di utara Mali.

Akhbar dan media dalam talian melaporkan Perancis t elah memaklumka­n kesilapan tersebut kepada pihak berkuasa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia