Utusan Borneo (Sarawak)

Amaran bom jejas Moscow

-

MOSCOW: Teater Bolshoi telah dikosongka­n kelmarin, di samping dengan beberapa buah kedai dan hotel utama di Moscow, selepas satu siri amaran bom di ibu negara Rusia, lapor beberapa buah agensi berita tempatan.

“Ini merupakan satu lagi gelombang bagi panggilan tidak dikenali mengenai bom… kesemua 10,000 orang telah diarahkan keluar di Moscow akibat ugutan ini,” agensi Interfax memetik seorang sumber yang dimaklumka­n sebagai berkata.

Amaran bom muncul ketika pihak polis Rusia menahan lebih dari 400 orang aktivis di seluruh negara kerana mengadakan bantahan tanpa kebenaran terhadap Presiden Vladimir Putin, menurut kepada sebuah kumpulan pemerhati.

Selain dari Bolshoi, pusat membeli-belah mewah GUM dan TsUM telah dikosongka­n kelmarin bersama dengan dua buah hotel terkenal berhampira­n Dataran Merah dan bangunan Kremlin di tengah Moscow.

Beberapa buah panggung wayang dan pusat membelibel­ah turut dikosongka­n, menurut media Rusia.

Amaran kelmarin serupa dengan siri amaran palsu menerusi panggilan telefon yang ditimbulka­n pada September yang menjejaska­n 1.4 juta orang.

Tiada bom yang ditemui di tempat yang dinyatakan.

Menurut perkhidmat­an keselamata­n FSB, panggilan itu telah dibuat rakyat Rusia di luar negara, berkuranga­n pada Oktober namun tidak berhenti sepenuhnya.

Rusia memperting­katkan langkah keselamata­n selepas pengeboman kereta api bawah tanah di Saint Petersburg pada April menyebabka­n 16 terkorban dan ramai lagi tercedera. — AFP LE HAVRE: Seorang pelayar perahu layar terkenal Oman Fahad Al Hasni telah hadir di sebuah mahkamah Perancis kelmarin didakwa merogol seorang bekas teman wanita di sebuah bilik hotel, menurut pihak pendakwa raya di Le Havre.

“Hakim yang ditugaskan mendakwa Encik Al Hasni dengan tuduhan merogol,” menurut pendakwa raya Francois Gosselin.

Suspek telah ditahan selama empat hari sementara pasukan pembelaan menyediaka­n kes tersebut, tambah beliau.

Wanita tersebut, dipercayai sebagai berusia dalam 40an dan merupakan rakyat Perancis, menyatakan beliau telah dipaksa untuk melakukan aksi seks terhadap pelayar itu, jelas seorang sumber polis.

Beliau menyatakan wanita itu kemudian telah ditolak keluar dari bilik hotel dengan kejam, luka di mukanya.

“Kakitangan di hotel tersebut menemui wanita itu menangis di koridor dan mendakwa telah mengalami satu serangan seksual,” tambah Gosselin yang menyatakan wanita itu telah segera dibawa ke hospital.

Insiden itu telah berlaku pada malam Jumaat.

Al Hasni mengakui bahawa seks oral telah berlaku namun menegaskan ia suka sama suka, jelas Gosselin.

Al Hasni telah ditangkap pada Jumaat lepas dan berada dalam tahanan polis sebelum hadir di depan majistret kelmarin.

Pihak penyiasat menyatakan wanita tersebut merupakan bekas teman wanita Al Hasni, rakyat Oman pertama merentasi Atlantik dengan ‘trimaran’ pada 2012.

Dia berada di pelabuhan Perancis untuk menyertai perlumbaan Transat JacquesVab­re. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia