Utusan Borneo (Sarawak)

Thailand diseru bebas pencari suaka

-

BANGKOK: P i h a k berkuasa Thailand diseru membebaska­n 35 pencari suaka Pakistan dan Somali yang ditangkap dalam beberapa serbuan baru-baru ini, menurut kumpulan hak asasi semalam, mengecam penahanan melibatkan lebih 12 kanak-kanak.

Kebanyakan lelaki, wanita dan kanak-kanak itu memiliki dokumen yang dikeluarka­n agensi pelarian PBB ketika ditahan polis di Bangkok pada 21, 30 dan 31 Oktober, menurut Fortify Rights.

Seramai 19 kanak-kanak ditangkap, enam termasuk empat bawah umur dari Somalia yang tidak ditemani masih dalam tahanan, menurut pemerhati.

Ramai didakwa kerana tinggal melebihi tempoh visa atau pelanggara­n imigresen lain.

Pengarah Fortify Rights Amy Smith memohon pembebasan segera mereka dan mengecam pihak berkuasa Thai menolak hak pencari suaka.

“Pencari suaka yang melarikan diri daripada penindasan di negara asal mereka tidak seharusnya mengalami pencabulan selanjutny­a di Thailand,” menurut beliau.

K e r a j a a n m e n o l a k perbezaan di antara pendatang haram dan pelarian, menyebabka­n pencari suaka terdedah kepada penahanan dan penghantar­an pulang ketika menunggu proses penapisan bertahun- tahun UNHCR.

Sebaik sahaja visa sementara mereka tamat, pencari suaka boleh ditahan atas dakwaan imigresen dan dihumban ke dalam pusat tahanan suram di Bangkok, di mana ramai meringkuk tanpa sebarang dakwaan untuk jangka masa panjang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia