Utusan Borneo (Sarawak)

Pakatan tutup sementara akses ke Yaman

Kumpulan tentera diketuai Arab Saudi sekat jalan udara, darat dan laut untuk kekang Huthi

- Muka

D U B A I : P a k a t a n ketenteraa­n diketuai Arab Saudi berkata ia akan menutup sementara semua jalan udara, darat dan laut ke Yaman untuk mengekang pengaliran senjata api kepada pemberonta­k Huthi dari Iran, menurut kenyataan dalam agensi berita rasmi SPA semalam.

Langkah dibuat susulan serangan misil ke arah Riyadh yang dipintas Sabtu lalu yang digambarka­n pakatan sebagai peningkata­n berbahaya militia Huthi yang bersekutu dengan Iran yang kini mengawal sebahagian besar Yaman.

Pakatan dan Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump menyalahka­n Iran atas serangan itu, tetapi ketua Pengawal Revolusi Iran menafikan tuduhan tersebut kelmarin dan menolak kenyataan Trump sebagai fitnah.

Misil balistik itu dipintas pertahanan udara Arab Saudi dan dijatuhkan dekat lapangan terbang Riyadh tanpa menyebabka­n sebarang kematian atau kerosakan.

“Perintah Tentera Pakatan membuat keputusan untuk menutup sementara semua jalan udara, laut dan darat Yaman,” menurut kenyataan dalam SPA sambil menambah, pekerja bantuan dan bekalan kemanusiaa­n bagaimanap­un akan terus diberi akses keluar masuk Yaman.

Pakatan menyasari Huthi sejak mereka merampas sebahagian negara itu pada 2015 termasuk ibu negara Sanaa, memaksa Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi untuk melarikan diri dan mendapatka­n perlindung­an daripada negara jiran Arab Saudi.

PBB dan pertubuhan bantuan antarabang­sa kerapkali mengkritik pakatan kerana menyekat akses bantuan khususnya kepada kawasan utara yang dikuasai pemberonta­k.

Perang saudara itu telah menyebabka­n lebih 10,000 maut dan mencetuska­n krisis kemanusiaa­n yang teruk di salah sebuah negara termiskin dalam dunia Arab.

Lebih setengah juta penduduk dijangkiti taun dan kira-kira tujuh juta di ambang kebuluran, menurut PBB.

Sementara itu, pasukan Yaman menamatkan krisis tebusan semalam dengan 29 anggota polis dan enam orang awam maut, sehari selepas serangan yang diakui kumpulan Islamic State (IS) bermula dengan pengeboman nekad, menurut sumber keselamata­n di Aden.

P a r a p e n y e r a n g kelmarin menyerbu unit siasatan jenayah di Aden, membakarny­a dan melarikan tebusan setelah menembak dua anggota polis wanita di kepala.

Serangan bermula dengan dua pengebom nekad meletupkan diri dekat pintu masuk ke unit terbabit dan ibu pejabat keselamata­n wilayah bersebelah­an.

Sepanjang malam kelmarin pasukan keselamata­n mencuba sebanyak tiga kali untuk merampas semula unit tersebut namun setiap kali dipatahkan oleh pengebom nekad yang menghalang mereka masuk, kata pegawai keselamata­n.

Pengeboman nekad keempat berlaku pagi semalam sebelum pasukan keselamata­n akhirnya menamatkan krisis di bandar pelabuhan selatan itu yang menjadi ibu negara de facto.

Sejumlah 28 anggota pasukan keselamata­n terbunuh semasa serangan dan krisis tebusan itu, kata pegawai terbabit.

Antara mereka adalah enam pegawai polis yang mana mayat mereka ditemui tertimbus di bawah runtuhan bangunan unit bersama enam orang awam, termasuk dua kanak-kanak.

“Pasukan keselamata­n berjaya memasuki bangunan dan membersihk­annya daripada elemen jahat dan terorisme,” menurut kementeria­n dalam negeri kerajaan hadi.

Mayat tiga penyerang yang dipenuhi dengan kesan tembakan juga ditemui di bawah runtuhan, kata pegawai mengenai serangan yang diakui IS dalam kenyataan dalam talian kelmarin.

IS dan pesaing pelampauny­a Al- Qaeda mengambil kesempatan daripada perang saudara itu untuk meningkatk­an kehadiran mereka di sebahagian besar wilayah selatan.

Lebih 8,650 maut di Yaman sejak tentera pakatan menyertai perang tersebut pada 2015 untuk menyokong tentera kerajaan, menurut laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini. — Wirenews

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPINTAS: Gambar pegun video yang diedarkan stesen televisyen pro-Huthi Al Masirah kelmarin menunjukka­n pelancaran misil balistik ke arah Lapangan Terbang Antarabang­sa Raja Khalid di Riyadh sehari sebelumnya.
— Gambar Reuters DIPINTAS: Gambar pegun video yang diedarkan stesen televisyen pro-Huthi Al Masirah kelmarin menunjukka­n pelancaran misil balistik ke arah Lapangan Terbang Antarabang­sa Raja Khalid di Riyadh sehari sebelumnya.
 ?? — Gambar AFP ?? SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT: Polis menyerbu salah sebuah ladang milik William Black Jr, ketua kultus La Comuna, di Cuauhtemoc, Chihuahua kelmarin.
— Gambar AFP SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT: Polis menyerbu salah sebuah ladang milik William Black Jr, ketua kultus La Comuna, di Cuauhtemoc, Chihuahua kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia