Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pelajar mangsa pembunuh bersiri Jepun

-

TOKYO: Tiga pelajar perempuan sekolah tinggi, termasuk seorang berusia 15 tahun, adalah antara sembilan yang dikelar suspek pembunuh bersiri di Jepun, menurut laporan semalam, ketika seorang wanita menceritak­an bagaimana beliau bernasib baik dapat melepaskan diri.

Sekurang-kurangnya tiga daripada mangsa merupakan pelajar sekolah tinggi dari wilayah berlainan dan gadis berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang lewat Ogos, beberapa media memetik sumber polis sebagai berkata.

Tidak semua mangsa dapat dikenal pasti namun sebahagian­nya dikesan melalui kad bank dan barangan lain yang ditinggalk­an dalam bilik pangsapuri Takahiro Shiraishi, di mana lelaki Jepun itu dikatakan membunuh dan menetak sembilan remaja.

Beberapa telefon bimbit turut terputus hubungan berhampira­n pangsapuri itu, menurut laporan.

Pada pagi Halloween, pihak polis menemui suasana yang menyeramka­n di sebalik pintu depan Shiraishi, sembilan mayat yang dikerat kepada 240 bahagian tulang disumbat dalam kotak pendingin dan kotak peralatan, disimbah dengan pasir najis kucing dalam usaha untuk menyembuny­ikan bukti.

Dia telah berpindah pangsapuri mempunyai satu bilik di Zama, subbandar barat daya Tokyo, pada 22 Ogos.

Dia telah disyaki sebagai mengumpan orang dengan keinginan untuk membunuh diri melalui Twitter dengan memberitah­u mereka bahawa dia boleh membantu mereka dalam rancangan mereka, malah mati bersama mereka.

Dia dilaporkan telah meneruskan dengan pembunuh orang malah selepas menyedari bahawa mereka hanya ingin untuk berbual berbanding dengan untuk mati.

“Saya tidak mempunyai niat untuk membunuh diri saya sendiri langsung.

“Tiada seorang pun daripada mangsa yang ingin mati sebenarnya,” rangkaian televisyen persendiri­an Fuji memetik Shiraishi sebagai memberitah­u pihak penyiasat.

Dia dikatakan menggantun­g mangsa selepas memberikan mereka minuman keras atau ubat tidur atau mencekik mereka sehingga pengsan.

Dia mungkin akan terus membunuh sekiranya tidak ditangkap.

Seorang wanita berusia 20an mendakwa sebagai telah diaturkan satu pertemuan dengan Shiraishi bagi hari tersebut selepas dia kemudian ditangkap selepas membincang­kan tentang tindakan membunuh diri melalui e-mel dan telefon selama dua bulan.

Dia menolak untuk bercakap ketika wanita itu menyatakan beliau dapat mendengar bunyi seorang wanita mengerang di bahagian belakang semasa satu perbualan telefon pada satu malam Oktober.

“Dia telah memberikan kepada saya dua pilihan.

“Satu adalah bahawa dia membuatkan saya pengsan dengan meletakkan ubat tidur di dalam minuman saya dan kemudian mencekik saya dengan tali.

“Satu lagi adalah dia mencekik saya dengan tali dari belakang ketika saya menonton televisyen atau sebagainya,” beliau memberitah­u pihak rangkaian Fuji.

“Sekiranya saya telah menemui dia, saya mungkin akan dikerat- kerat seperti mangsa yang lain.

“Saya mungkin bernasib baik namun sekarang saya berasa agak takut,” katanya lanjut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia