Utusan Borneo (Sarawak)

Ancaman bom kejutkan Jepun

-

TOKYO: Jepun dilanda rangkaian ancaman bom pelik ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengadakan rundingan di Tokyo, melakukan satu jelajah Asia di bawah kawalan ketat, menurut pihak polis kelmarin.

Ugutan bom amat luar biasa di Jepun, tetapi tiada bahan letupan ditemui dan tiada tangkapan dibuat dalam mana-mana kes yang berlaku jauh dari ibu negara.

Di wilayah barat Shiga, syarikat feri menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa meletakkan bom di dalam kapal persiaran yang akan meletup dalam tempoh sejam, kata jurucakap polis.

Pihak polis mengesan kapal yang diancam dan membuat pemeriksaa­n menyeluruh namun tidak menemui sebarang bahan letupan.

“Seramai 290 penumpang dan anak kapal dipindahka­n dengan selamat,” menurut jurucakap, sambil menambah pihak polis sedang memburu bagi lelaki yang melakukan panggilan tersebut.

Sebuah syarikat feri di Hiroshima telah menerima satu panggilan yang sama dan diberitahu bahawa sebutir bom akan meletup di salah sebuah kapalnya dalam masa sejam.

Operasi feri ditangguhk­an sementara di antara pantai wilayah ke Itsukushim­a, di mana pelancong berkumpul di makam Shinto yang terkenal dengan ‘pagar terapung’.

Sebuah pasar raya di Osaka turut menerima ancaman namun pihak polis tidak menemui bahan letupan.

Di Kyoto, syarikat kereta api menerima maklumat rahsia bahawa sebutir bom akan meletup dalam masa sejam di Stesen Sanjo, yang ditutup kepada pelancong, menurut kepada Jiji Press.

Stesen itu kemudian ditutup sementara, menjejaska­n 8,000 pengguna. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia