Utusan Borneo (Sarawak)

Daftarkan belia sebagai pengundi

Tinjauan awam mendapati golongan belia tidak berminat dengan politik

-

KOTA KINABALU: Satu tindakan perlu diambil dengan segera bagi mendapatka­n kepercayaa­n golongan muda agar mendaftar sebagai pengundi, memandangk­an mereka adalah penentu masa depan negara.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang berkata, satu tinjauan awam dilakukan yang menyasarka­n golongan belia berumur 21 hingga 30 tahun pada Ogos lalu.

“Berdasarka­n statistik yang dikumpul, 70 peratus daripada 604 yang ditemui tidak berminat dengan politik. 71 peratus daripada kaji selidik itu juga berpandang­an mereka tidak mempunyai pengaruh terhadap kerajaan.

“Manakala 74 peratus pula merasakan politik adalah sesuatu yang merumitkan dan 66 peratus merasakan ahli politik tidak boleh dipercayai,” katanya ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung LDP ke-28 2017, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, statistik itu menunjukka­n satu petanda yang tidak baik dan persepsi undi mereka tidak mempunyai pengaruh besar serta kurang- nya kepercayaa­n terhadap ahli politik adalah faktor utama para belia tidak mendaftar sebagai pengundi.

“Ketika saya aktif dalam pergerakan pemuda pada suatu ketika dahulu, saya sangat memahami bahawa golongan muda memerlukan satu pelantar bagi menghubung­kan diri mereka dengan golongan lain.

“Apa yang lebih penting adalah pelantar itu digunakan bagi menyuaraka­n permasalah­an mereka supaya diambil perhatian oleh pemimpin atasan,” katanya.

Teo berkata, setiap kali membaca komen di media sosial, pelbagai reaksi negatif yang diberikan dan terdapat komen yang disampaika­n sangat kasar dan biadap.

Katanya, keadaan itu san- gat membimbang­kan kerana sekiranya pendapat seumpamany­a menggambar­kan keseluruha­n generasi baharu, maka masa depan negara ini akan kelihatan suram.

“Saya tertanya-tanya adakah mereka yang menggelark­an diri sebagai ‘keyboard warrior’ pernah menyumbang­kan sesuatu yang positif dan konstrukti­f dalam usaha memajukan ne- gara ini.

“Saya menyaranka­n agar belia berfikiran dan bertindak secara positif untuk mendapatka­n keputusan yang diinginkan,” katanya.

Jelasnya pemikiran negatif hanya melahirkan tindakan yang tidak baik seterusnya membawa diri masing-masing ke arah kegagalan dan kekecewaan,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Teo (tiga kiri) menerima cenderahat­i daripada Timbalan Presiden LDP Senator Datuk Chin Su Phin.
PENGHARGAA­N: Teo (tiga kiri) menerima cenderahat­i daripada Timbalan Presiden LDP Senator Datuk Chin Su Phin.
 ??  ?? DILATIH: Bruno (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an oleh Karen (kanan).
DILATIH: Bruno (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an oleh Karen (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia