Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah sentiasa hargai bakat rakyat tempatan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa menghargai bakat rakyat di negeri ini dan akan terus menyokong bidang yang diceburi jika ia memberi manfaat kepada kehidupan mereka dan pembanguna­n negeri.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata ramai rakyat di Sabar yang berbakat dalam pelbagai bidang seperti bidang seni dan sukan.

“Kita juga nampak sendiri apabila ada sesuatu pertanding­an, bakat orang Sabah ini lebih terserlah, malah ada juga yang menjadi juara,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Piala Tan Sri Musa Aman di sini malam kelmarin.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) turut bangga dengan perkembang­an perlawanan bola sepak dalam merebut piala itu sejak 2013.

Beliau berkata pertanding­an seumpama itu boleh mencungkil bakat rakyat daripada peringkat daerah dengan harapan persatuan bola sepak berprestij akan menawarkan peluang bermain dalam pasukan mereka.

“Kita tahu sukan boleh menjadi profesion yang berupaya menjana pendapatan lumayan berdasarka­n kemahiran masing-masing.

“Saya percaya jika anda tekun, komited, bersungguh-sungguh, rajin dan berdisipli­n, anda boleh menjadi pemain bola sepak yang baik,” kata Musa.

Mengenai prestasi pasukan Sabah dalam Liga Perdana musim ini, beliau berpuas hati dengan kedudukan terakhir pasukan badak itu di tempat ketujuh berbanding tempat kesembilan musim lalu.

Beliau berharap pasukan negeri itu dapat meneruskan disiplin dan kerja berpasukan pada musim depan bagi melayakkan mereka ke Liga Super pada musim seterusnya.

Pada majlis itu, Musa menyampaik­an piala pusingan, pingat dan cek bernilai RM25,000 kepada juara Piala Tan Sri Musa Aman iaitu Kota Kinabalu dan pingat serta cek RM12,500 kepada naib juara Beaufort.

Kota Kinabalu mengalahka­n Beaufort 2-0 pada perlawanan akhir piala itu kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia