Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 6,000 daftar sebagai ahli GERAH seluruh Sabah

-

KOTA KINABALU: Kirakira lebih 6,000 orang seluruh Sabah berdaftar sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) sejak awal tahun.

Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Hasbilah Mohamad Salleh berkata, jumlah itu membuktika­n masyarakat Sabah mula sedar akan pentingnya menjadi mata dan telinga SPRM dalam menangani aktiviti rasuah.

Pihaknya mendapati terdapat peningkata­n dari segi penyaluran maklumat berkenaan aktiviti rasuah daripada masyarakat Sabah dengan cara datang ke pejabat SPRM mahupun menggunaka­n saluran lain yang disediakan.

“Ini adalah salah satu strategi untuk memastikan rakyat dapat bersama kita dan ahli Gerah ini boleh dikatakan sebagai mata dan telinga SPRM.

“Kita anggarkan lebih 6,000 ahli di seluruh Sabah telah ber- daftar sebagai sahabat Gerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum melepaskan Konvoi Program Mesra Rakyat Kembara jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 di pejabat SPRM pada Ahad.

Hasbilah berkata, Sahabat GERAH juga berfungsi sebagai peningkata­n kekuatan SPRM melalui penglibata­n masyarakat sekaligus menjadikan ia sebagai satu tindakan agresif SPRM.

“Tindakan kita boleh dikatakan agresif sehingga memberikan tekanan kepada perasuah ini. Justeru, masyarakat sudah mula berani dan meletakkan kepercayaa­n tinggi kepada tugas SPRM yang saksama.

“Dengan kekuatan kira-kira 130 anggota SPRM Sabah sahaja, kita tidak boleh mencapai kesemua pelosok kawasan untuk menjalanka­n siasatan, jadi kita menggunaka­n mata dan telinga kita baik dalam kakitangan kerajaan mahupun masyarakat awam kerana mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.

Katanya, SPRM akan berusaha lebih untuk meningkatk­an keahlian GERAH seramai mungkin dengan harapan masyarakat setempat peka dan memberi sokongan berterusan kepada SPRM.

Sementara itu, KEJAR 2.0 adalah salah satu program turun padang SPRM bagi mendekati rakyat sebagai platform menyebar luas mesej antirasuah dan salah guna kuasa kepada masyarakat setempat.

Ia juga mendidik masyarakat untuk lebih berani tampil menyalurka­n maklumat berhubung jenayah rasuah dan salah guna kuasa kepada agensi berkenaan.

Daripada sambutan masyarakat kepada KEJAR 1.0 lalu, membuktika­n bahawa program itu berjaya mendidik masyarakat sehingga ia dapat diteruskan kepada Kejar 2.0.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Kurup menyampaik­an replika cek kepada para penerima.
TERIMA KASIH: Kurup menyampaik­an replika cek kepada para penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia