Utusan Borneo (Sarawak)

7,900 KRT seluruh negara setakat September

-

PETALING JAYA: Kesedaran masyarakat terhadap betapa pentingnya peranan Rukun Tetangga dalam mempupuk perpaduan semakin meningkat.

Menteri di Jabatan Perdana Tan Sri Joseph Kurup berkata, statistik menunjukka­n sehingga 30 September 2017, sebanyak 7,900 Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Penubuhan dan Pengukuhan Koperasi Rukun Tetangga di Auditorium Maktab Koperasi Malaysia di sini pada Sabtu.

Melihat betapa pentingnya pembanguna­n ekonomi dalam sesebuah komuniti bagi menjadi sebuah negara maju, beliau berkata kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) telah memperkena­l Projek Ekonomi Rukun Tetangga.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, projek itu telah diperkenal­kan pada 2014 yang bertujuan menambah pendapatan ahli Rukun Tetangga melalui aktiviti ekonomi yang dijalankan.

“Selain itu, ia juga dapat mendidik Rukun Tetangga untuk berdikari dan menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata,” katanya.

Tambahnya, sehingga 31 Oktober 2017, sebanyak 187 Rukun Tetangga di seluruh negara telah terlibat dalam Projek Ekonomi Rukun Tetangga yang meliputi pelbagai sektor, antaranya perkhidmat­an, produk/ makanan, penternaka­n, pertanian dan kraf tangan.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata pada tahun ini, sebanyak 21 KRT telah dipilih untuk terlibat dalam projek itu di mana setiap yang terpilih akan menerima geran pembanguna­n sebanyak RM4,500 bagi pelaksanaa­n projek ekonomi.

Beliau berharap agar ia menjadi projek pilot kepada penubuhan Koperasi Rukun Tetangga selain memberi pendedahan dan pemahaman mengenai konsep dan falsafah berkoperas­i kepada KRT.

“Kerajaan melalui Unit Penyelaras­an Perlaksana­an, Jabatan Perdana Menteri (ICU-JPM) telah memperuntu­kkan sebanyak RM13,250 kepada enam parlimen sebagai ‘Touch Points Projek’ koperasi RT pada tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia