Utusan Borneo (Sarawak)

MOBIL LAKAR SEJARAH TERSENDIRI

Buat kali pertama menjuarai Kejohanan Golf Piala SEDC 2017 di DGCC Santubong

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Pemain golf, Mobil Mustapha melakarkan sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruha­n Kejohanan Golf Piala SEDC 2017 di Damai Golf and Country Club (DGCC) Santubong dekat sini kelmarin.

Mobil yang bermain dengan Handicap 17 tidak berdepan masalah untuk melakukan tujuh pukulan di bawah par 65 pada hari pertama kejohanan.

Kemenangan sulung Mobil itu sekali gus mengalahka­n 231 pemain golf yang bertanding dalam acara tersebut.

Pemain lain, Ismail Hanis beraksi dengan Handicap 24 menewaskan Kameri Affandi dengan skor dua di bawah par 70 untuk muncul juara kategori VIP nett.

Dalam kategori nett jemputan, Zaidi Ahmad bermain dengan Handicap 22 mencatatka­n skor nett 5 di bawah par 67 mengalahka­n Gani Matahir di tempat kedua manakala John Engkatesoo menduduki tempat ketiga dengan skor 3 di bawah par 69 selepas ditentu- kan dengan format ‘On Count Back’ (OCB).

Dalam kategori ‘ Gross Guest Invaders’, Wan Liz Farwana Wan Omar menduduki tempat pertama manakala Presiden Persatuan Golf Sarawak (SGA), Hoan Kee Hock mengesahka­n tempat kedua manakala ketiga dimenangi Mohd Nasir Datuk Husain.

Sementara itu, kategori Gross VIP dimenangi oleh Saferi Ali (Handicap 12) dan mendapat 87 pukulan manakala pencabarny­a, Safiee Ahmad menduduki tempat kedua selepas mencatat 94 pukulan dan Samat Junai menduduki tempat ketiga dengan 97 pukulan.

Pemenang baharu disandang Haidel Heli dan Andrew Bong, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, Sukiman Aini, Kamsani Noordin, Omarali Majais dan Datuk Abang Talhatta.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Juara keseluruha­n kejohanan golf Piala SEDC 2017, Mobil (kiri) menerima Trofi Cabaran SEDC daripada Abdul Aziz sambil disaksikan Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini, Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh.
TAHNIAH: Juara keseluruha­n kejohanan golf Piala SEDC 2017, Mobil (kiri) menerima Trofi Cabaran SEDC daripada Abdul Aziz sambil disaksikan Pengurus Besar SEDC, Soedirman Aini, Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia