Utusan Borneo (Sarawak)

Giat pendidikan alam sekitar

Kerajaan negeri sangat komited dalam soal pemulihara­an alam sekitar, kata Awang Tengah

- TEMPATAN

KUCHING: Program pendidikan alam sekitar perlu dipergiatk­an dalam kalangan pelajar sekolah dalam usaha kerajaan memelihara serta memulihara alam sekitar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan negeri sangat komited dalam soal pemulihara­an alam sekitar.

Buktinya, kerajaan negeri bekerjsama dengan pemerintah Republik Indonesia (Kalimantan), Kerajaan Brunei Darussalam dan Kerajaan Negeri Sabah menubuhkan Heart of Borneo (HoB) dan bersetuju menambah keluasan kawasan HoB Sarawak kepada 2.5 juta hektar.

Malah katanya, kerajaan juga menyasarka­n untuk mewartakan satu juta hektar tanah sebagai kawasan terlindung sepenuhnya menjelang 2020 yang kini telah mencapai 900,000 hektar tanah.

“Pendidikan alam sekitar merupakan satu daripada pendekatan kerajaan untuk menguruska­n alam sekitar.

“Saya menyaranka­n agar syarikat dan badan korporat di negeri ini mengambil sekolah yang mempunyai Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) sebagai sekolah angkat dan menyediaka­n dana untuk ahlinya melaksanak­an aktiviti alam sekitar.

“Pada masa yang sama, saya juga menyaranka­n AhliAhli Yang Berhormat juga memainkan peranan masingmasi­ng di samping menghulurk­an dana kepada sekolah untuk membiayai Kelab PALS di kawasan masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) 2016/2017 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Mengulas mengenai majlis tersebut, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata Anugerah SERASI diperkenal­kan pada 2004 dan telah memasuki edisi kelapan tahun ini.

Konsep SERASI katanya, berasaskan pendekatan menyeluruh membabitka­n individu di pelbagai peringkat seperti sekolah, masyarakat setempat, agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selain menyampaik­an anugerah untuk sekolah dan guru yang memenangi pel- bagai komponen Anugerah SERASI, pengiktira­fan khas juga diberikan kepada SJK (C) Tung Hua Sibu yang telah memenangi Anugerah Khas Bintang SERASI untuk tiga kali berturut-turut.

“Saya juga menyampaik­an sekalung penghargaa­n kepada syarikat Shell selaku penaja kepada anugerah ini serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan anugerah ini,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Lalif Salleh, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Dr Wan Lizozman Wan Omar, Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Peter Sawal dan Pengurus Besar Shell MDS Sdn Bhd Tom Wong.

Pendidikan alam sekitar merupakan satu daripada pendekatan kerajaan untuk menguruska­n alam sekitar. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? KREATIF: Awang Tengah tertarik dengan hasil produk mesra alam yang dipamerkan pelajar sekolah pada Majlis Penyampaia­n Anugerah SERASI di Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi KREATIF: Awang Tengah tertarik dengan hasil produk mesra alam yang dipamerkan pelajar sekolah pada Majlis Penyampaia­n Anugerah SERASI di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia