Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT DITAHAN BANTU SIASATAN KES RASUAH

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk dua penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung kes di bawah Akta SPRM 2009.

Difahamkan, dua penjawat awam itu ditahan reman tujuh hari kerana disyaki terlibat dalam membantu kemasukan nelayan asing di perairan negeri Sarawak.

Perintah reman terhadap suspek berusia 50 dan 53 tahun itu dikeluarka­n Majistret Zaiton Anuar di Mahkamah Khas Rasuah Kuching, di sini.

Mereka akan ditempatka­n di lokap SPRM sehingga siasatan selesai.

SPRM dalam kenyataann­ya semalam, mendedahka­n penahanan seramai 22 individu membabitka­n tujuh warga Vietnam, enam penjawat awam serta sembilan orang awam warga tempatan.

Ia berikutan operasi antara SPRM dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang dijalankan pada 5 November lalu di Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Susulan itu enam penjawat awam termasuk lima APMM dan seorang daripada Jabatan Perikanan ditahan, antara lain, tujuh warga Vietnam termasuk dua wanita dan sembilan warga tempatan,’’ katanya.

Dalam operasi siasatan yang dilakukan, SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah RM1.9 juta iaitu wang rasuah yang dibayar serta membekukan 44 akaun bank berjumlah RM2 juta.

Dalam pada itu, SPRM berpandang­an usaha serta komitmen yang diberikan Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar dalam memerangi serta mengekang jenayah rasuah dalam APMM harus diberi pujian yang tinggi.

Susulan operasi ini, APMM akan mengkaji dan meneliti sistem serta amalan pros- edur dalam agensi- agensi yang berkaitan dalam sektor perikanan dan maritim untuk penambahba­ikan serta dibentangk­an kepada kerajaan.

APMM juga melihat penceroboh­an nelayan Vietnam secara sah dan tidak sah di Malaysia berlaku akibat tindakan penguatkua­saan yang longgar daripada sesetengah pihak.

Sehubungan itu APMM dan SPRM bersedia memberi sumbangan idea dan kepakaran dalam menangani masalah tersebut daripada terus berlaku.

Persempada­nan laut yang luas memerlukan sokongan logistik yang amat strategik dan efisien bagi memastikan tindakan penguatkua­saan dapat dilaksanak­an secara berterusan untuk mengekang penceroboh­an, pematuhan undang- undang maritim serta menjamin keselamata­n nelayan tempatan.

Melalui kerjasama operasi ini, APMM secara jelas dapat memberi mesej kepada masyarakat setempat dan di peringkat antarabang­sa bahawa agensi tersebut menolak amalan rasuah.

Malah ia secara langsung dapat menunjukka­n kewibawaan agensi tersebut merupakan sebuah organisasi yang unggul serta mempunyai profesiona­lisme yang amat tinggi.

 ??  ?? DITAHAN: Dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.
DITAHAN: Dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia