Utusan Borneo (Sarawak)

RASUAH: AHLI PERNIAGAAN, DUA ANAK DIREMAN

-

MIRI: Seorang ahli perniagaan dan dua anaknya yang ditangkap kerana disyaki merasuah tiga pegawai kanan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) diperintah­kan Mahkamah Majistret Miri semalam direman lima hari.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan dikemukaka­n Penolong Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Miri Jamal Ayub selaku pegawai mereman.

Dalam permohonan­nya, Ayub berkata ahli perniagaan berusia 58 tahun bersama anak perempuan, 21, dan seorang anak lelaki, 31, ditangkap sekitar jam 2.30 petang kelmarin di sebuah rumah di Jalan Jee Foh, Krokop di sini oleh sepasukan anggota SPRM melakukan Ops Armada.

Tangkapan ke atas mereka dibuat kerana disyaki merasuah tiga pegawai kanan APMM masing-masing berpangkat Leftenan Komander Maritim, Leftenan Madya (M) Siasatan dan Laskar Kanan bertugas di APMM Wilayah Maritim Sabah dan Labuan antara tahun 2016 hingga 2017.

Ketiga-tiga suspek disyaki memberi suapan kepada tiga pegawai terbabit sebagai wang perlindung­an supaya tidak diambil tindakan oleh APMM Kota Kinabalu kerana penglibata­n mereka dalam aktiviti penangkapa­n ikan secara haram oleh warga asing di perairan Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam permohonan lanjutnya, Jamal memberitah­u bahawa reman tujuh hari mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 ke atas ketiga-tiga suspek terbabit amat diperlukan bagi membolehka­n pihaknya melengkapk­an kertas siasatan.

Selain itu, SPRM masih memerlukan masa mengesan saksi-saksi serta beberapa dokumen berkaitan, justeru membebaska­n suspek-suspek terbabit lebih awal menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman lima hari dan tempoh reman tamat pada 11 November ini.

Ketiga-tiga suspek diwakili peguam Firdaus Morshidi.

 ??  ?? DIREMAN: Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Miri pagi semalam untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.
DIREMAN: Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Miri pagi semalam untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia