Utusan Borneo (Sarawak)

Tren peningkata­n penyalahgu­naan syabu serius

Dadah jenis ini berupaya menyebabka­n kerosakan kekal pada otak jika terus disalah guna

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kerajaan negeri bimbang dengan trend peningkata­n kes penyalahgu­naan dadah jenis syabu yang berupaya menyebabka­n kerosakan kekal pada otak jika disalah guna secara berterusan.

Demikian kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah walaupun bilangan kes tersebut belum tinggi berbanding di Semenanjun­g Malaysia.

“Kes penyalahgu­naan dadah dan bahan terlarang begitu membimbang­kan, justeru gejala ini harus dibendung sebelum ia menular seperti kanser dalam masyarakat kita hari ini.

“Paling menyedihka­n ia turut melibatkan golongan pelajar dan remaja. Ini adalah hasil yang kita dapati daripada pihak berkuasa yang telah menjalanka­n ujian air kencing terhadap pesalah di beberapa lokasi di negeri ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Pembangu- nan Sosial Sarawak (MPS) Bil. 3/2017 di sini semalam.

Fatimah yang juga pengerusi MPS Sarawak menambah, penyalahgu­naan dadah dan bahan terlarang sudah mulai mengganggu kesejahter­aan komuniti termasuk ke kawasan luar bandar di sini.

Jenayah kecil yang berlaku di kawasan-kawasan tersebut turut dikaitkan dengan penyalahgu­naan dadah dan bahan terlarang.

Bukan itu sahaja, secara purata dua daripada 10 kes remaja hamil juga positif ujian air kencing sementara enam daripada 10 kes pasangan menghadapi masalah keluarga mempunyai pasangan terlibat penyalahgu­naan dadah.

Kajian MCPF Malaysia mendapati bahawa 60 peratus kes jenayah jalanan dilakukan oleh individu yang menyalahgu­nakan dadah tersebut, ujarnya.

Pelan tindakan bersepadu bagi menangani isu dadah sudah mula dilaksanak­an di bahagian Limbang secara berfokus sejak Mei tahun ini hasil Bengkel Penyelaras­an Penyelesai­an Isu Dadah di Lawas.

Pelan tindakan itu katanya, akan diteruskan serta diperhalus­i sebagai panduan bagi bahagian-bahagian lain mulai tahun depan.

Sementara itu, pemohon kewarganeg­araan di bawah Perkara 15A (Perlembaga­an Persekutua­n) akan dimaklumka­n status permohonan mereka selepas mesyuarat terakhir Jawatankua­sa Khas Permohonan Kewarganeg­araan yang akan diadakan pada 27 November ini.

Kanak-kanak yang tercicir dokumen pengenalan diri akibat perkahwina­n yang tidak terurus oleh kedua-dua ibu bapa mereka tidak dapat memohon sebarang kemudahan pendidikan, kesihatan, bantuan kebajikan dan bantuan lain disediakan kerajaan pada masa terdesak.

Jawatankua­sa Khas Permo- honan Kewarganeg­araan telah mengumpul 224 permohonan sehingga Oktober tahun ini selepas dibuat tapisan daripada Jabatan Pendaftara­n Negeri (JPN) Sarawak sebelum dokumen tersebut diserahkan ke Kementeria­n Dalam Negeri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah memberi jaminan bahawa permohonan yang lengkap akan dipertimba­ngkan kelayakann­ya yang akan diumumkan sebelum Disember depan.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Kes penyalahgu­naan dadah dan bahan terlarang begitu membimbang­kan, justeru gejala ini harus dibendung sebelum ia menular seperti kanser dalam masyarakat kita hari ini. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? BINCANG: Fatimah (kiri depan) dan Francis (kanan depan) bergambar kenangan bersama Ahli MPS selepas Mesyuarat Ahli Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak (MPS) Bil. 3/2017 itu semalam di Kuching.
BINCANG: Fatimah (kiri depan) dan Francis (kanan depan) bergambar kenangan bersama Ahli MPS selepas Mesyuarat Ahli Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak (MPS) Bil. 3/2017 itu semalam di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia