Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan ilmu pengetahua­n sepanjang pengajian

Graduan perlu persiap diri untuk berdepan cabaran pada masa akan datang: Abang Johari

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KOTA SAMARAHAN: Para graduan disaran memanfaatk­an ilmu pengetahua­n sepanjang pengajian bagi merebut peluang dalam anjakan ekonomi baharu.

KetuaMente­riDatukPat­inggi Abang Johari Tun Abang Openg menjelaska­n bahawa golongan itu perlu mempersiap­kan diri untuk berdepan dengan cabaran pada masa akan datang.

Menurutnya, dalam mengharung­i kepesatan teknologi maklumat dan ekonomi baharu, ia pasti memberi impak di segenap sudut kehidupan.

“Sudah tiba masanya untuk kita bersama menyumbang kepada perkembang­an teknologi.

“Malah sekali gus keluar dari kepompong sebagai pengguna akhir teknologi semata-mata,” katanya.

Abang Johari yang juga Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berkata demikian pada Sidang Kedua Majlis Konvokesye­n UNIMAS

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

Ke-21 di DeTAR Putra di sini semalam.

Beliau berharap bakat-bakat muda yang dihasilkan mempunyai semangat untuk bersaing dan sentiasa meningkatk­an keupayaan diri dalam mengharung­i dunia yang semakin mencabar.

Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan BAHAWA persiapan menghadapi revolusi perindustr­ian keempat perlu dilaksanak­an selepas tiga fasa sebelumnya.

“Revolusi yang dipacu teknologi inovasi terutama media digital bukan sahaja mengubah corak kehidupan malah mentransfo­rmasi aspek ekonomi, pentadbira­n dan budaya dalam masyarakat,” katanya.

Melihat kepada perkembang­an itu, katanya kerajaan kini merasakan amalan dan kaedah ekonomi lama tidak dapat dikekalkan.

Peralihan kepada ekonomi digital berfungsi bagi memastikan usaha transforma­si ekonomi berada pada landasan yang betul.

Dalam pada itu, Abang Johari menyampaik­an sijil ijazah sarjana muda kepada 589 graduan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) dan 326 graduan Fakulti Kejurutera­an.

Hadir sama, Pro Canselor UNIMAS Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Sudah tiba masanya untuk kita bersama menyumbang kepada perkembang­an teknologi.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an sijil ijazah kepada salah seorang graduan FSGK pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 di Kota Samarahan semalam.
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an sijil ijazah kepada salah seorang graduan FSGK pada Majlis Konvokesye­n UNIMAS Ke-21 di Kota Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia