Utusan Borneo (Sarawak)

Kehamilan remaja masih 6.4-9.9% walaupun menurun

Sarawak merupakan negeri kedua terbanyak kes kehamilan remaja selepas Sabah: Fatimah

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Sarawak masih mencatat 6.4 peratus hingga 9.9 peratus kes kehamilan remaja walaupun jumlah kes menunjukka­n trend menurun.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Sarawak merupakan negeri kedua terbanyak kes kehamilan remaja selepas Sabah.

“Kita bersyukur kerana statistik menunjukka­n trend yang menurun kepada 14.7 peratus pada 2016 iaitu penurunan sebanyak 10 peratus daripada 24.7 peratus pada 2015.

“Kita telah menetapkan KPI supaya berlaku penurunan 10 peratus setiap tahun bagi bilangan kes remaja hamil yang direkodkan,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Ahli Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) Sarawak Bil.3/2017 di sini semalam.

Sejak Januari hingga Jun tahun ini, sejumlah 1,135 kes kehamilan remaja direkodkan berbanding 2,481 kes direkodkan pada 2016.

Ujarnya, ia jelas membuktika­n bahawa penubuhan Jawatankua­sa Sehenti Kehamilan Remaja (OSTPC) telah memberi impak positif memastikan kes remaja hamil diurus dengan lebih berkesan.

Panduan Pengurusan Kes Remaja Hamil di Sarawak akan diseragam untuk diguna pakai sebagai prosedur standard OSTPC antara agensi khususnya di peringkat bahagian, telah siap didokumen baru-baru ini.

Sebagai tambahan kepada usaha itu, pihak kementeria­n katanya telah menjalanka­n 13 program bagi tujuan tersebut yang berakhir semalam.

Sebanyak 10 Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual dijalankan, dua Program Wacana Bestari: Kehamilan Remaja dan satu program Dialog Input Komuniti Terhadap Isu Sosial: Implikasi Perkahwina­n Tidak Teratur di seluruh negeri.

Sementara itu, sehingga September tahun ini turut direkodkan sebanyak 15 kes melibatkan isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita berbanding pada tahun sebelumnya hanya 13 kes.

“Perkara ini amat membimbang­kan, justeru MPS akan menjalanka­n proses kajian profil mangsa dan pesalah laku sumbang mahram sebelum satu bengkel atau program yang efektif untuk menangani atau mengurangk­an kes dilakukan kelak,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dr Saadiah Abdul Samat.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah (kanan) ditemani Harden (kiri) pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak Bil.3/2017 semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah (kanan) ditemani Harden (kiri) pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak Bil.3/2017 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia